Thu. Dec 8th, 2022

Lima Tahun Bertunang, Bakal Suami Sekali Pun Tak Pernah Minta Tengok Muka, Hanya Bertemu Di Hari Pernikahan

Segala yang berlaku dalam kehidupan ini sememangnya mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT termasuk apabila berkait dengan soal jodoh.

Yakinlah, cepat atau lambat, jika sudah tiba waktunya pasti akan menyatu juga.

Menerusi ciapan yang tular di Twitter, seorang wanita berkongsikan mengenai ‘perjalanan’ jodohnya yang menarik perhatian ramai.


Tidak pernah bersemuka sehingga hari pernikahan, Farhah Nabilah dan suaminya mengikat tali pertunangan selama lima tahun.

Menurutnya, suaminya hanya mewakilkan ibu mertuanya untuk melihat wajahnya.

Sangat-sangat jaga ikhtilat

Farhah terharu dengan sifat suaminya yang menepati janji untuk bernikah dengannya walaupun mereka tidak pernah sekalipun berkomunikasi selama lima tahun pertunangan.

Ditanya mengapa pertunangan berlanjutan sehingga lima tahun, Farhah berkata bahawa suaminya ingin fokus pada bidang pengajian yang diminati terlebih dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen kagum dengan kisah pasangan suami isteri itu dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Sumber: tolibul_ilm

error: Haipp!!!