Thu. Dec 8th, 2022

Bila Suami Meninggal, Peguam Syarie Jelaskan Ini Hak Yang Isteri Wajib Tahu

Apabila seorang isteri berdepan dengan kematian tonggak keluarga iaitu suami yang dicintai, dunia menjadi seakan kelam kerana sudah tiada lagi tempat untuk seorang isteri dan anak-anak bergantung harap.

Apatah lagi, jika si suami pergi dalam keadaan sekelip mata tanpa meninggalkan pesan atau membuat sebarang persediaan dan apa-apa perancangan terhadap harta yang ditinggalkan buat isteri dan anak-anak.

Perkongsian oleh seorang Peguam Syarie, Tuan Iezwan Ielias mengenai harta peninggalan dan hak yang tinggalkan oleh seorang suami kepada isterinya ini boleh dijadikan panduan kepada para waniat di luar sana

HARTA PENINGGALAN VS HAK YANG DITINGGALKAN

Berbalik dengan kisah viral di bawah, apabila kita bercerita tentang perkara yang perlu dilakukan sejurus seseorang sole bread winner atau pencari nafkah tunggal meninggal dunia.

Suami meninggal isteri berhak fail tuntuan harta sepencarian

Si isteri berhak untuk memfailkan suatu tuntutan Harta Sepencarian terhadap semua harta yang ditinggalkan oleh si suami dan harta yang diusahakan bersama dalam tempoh perkahwinan.

Contoh rumah yang dibeli dalam tempoh perkahwinan, kereta, tanah yang dibeli dalam tempoh tersebut, perkakas dalam rumah kelamin, emas perhiasan, duit simpanan, ASB dan harta-harta lain yang diketahui dibeli atau diusahakan dalam tempoh perkahwinan.

Bagaimana kadar penentuan?

Tertakluk kepada sumbangan secara langsung dan tak langsung terhadap harta-harta tersebut. Basically, apabila bercerai atau meninggal dunia pasangan kita, isteri/suami berhak keatas harta-harta tersebut sebanyak 1/3 bahagian secara asasnya.

Boleh jadi lebih daripada amaun tersebut berdasarkan sumbangan langsung dan tak langsung. Bukti utama atas hak keatas harta-harta tersebut adalah perkahwinan.

Ini bertepatan dengan Seksyen 122 Enakmen Keluarga Islam Negeri Perak 2004 iaitu Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian. Boleh google dan baca ya.

Seterusnya baru difaraidkan harta-harta yang menjadi baki setelah bahagian harta sepencarian di perintahkan kepada suami/isteri.

Seperti kes di bawah, arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak Perempuan serta Ibu dan Seorang Adik Lelaki Seibu Sebapa dan 2 orang Adik Perempuan Seibu Sebapa.

Pecahan faraid adalah berdasarkan Surah an Nisa ayat 11-12 dan ayat 176.

Isteri akan dapat 1/8
3 orang anak Perempuan akan dapat 2/3
Ibu akan dapat 1/6
1 adik lelaki dan 2 adik P dapat Asabah Bilghoir

Selesai bab berita gembira apabila melibatkan harta pusaka yang dapat mengikut kiraan faraid. Kita bercerita pula bab tanggungjawab.

Ada sebab kenapa isteri dapat pecahan faraid paling sedikit

Ada sebab kenapa si isteri dapat paling sedikit, kerana  yang lelaki akan menampung bayaran nafkah anak kepada anak-anak saudaranya yang perempuan.

ISLAM telah menetapkan tanggungjawab memberi nafkah terhadap isteri dan anak adalah di bawah tanggungjawab suami dan bapa. Sekiranya berlaku penceraian antara suami dan isteri, tanggungjawab memberi nafkah terhadap anak tetap menjadi tanggungjawab kepada seorang bapa dan tidak akan putus dengan sebab penceraian.

Tanpa mengira keberadaan anak sama ada dalam jagaan bapa, ibu atau dalam jagaan orang ketiga, seorang bapa berkewajipan menanggung nafkah anak tersebut. Namun begitu, pada saat seorang bapa tidak berupaya menanggung nafkah anaknya, tanggungjawab tersebut akan diserahkan kepada orang yang ‘bertanggungan’ sebagaimana yang di sebut dalam Seksyen 73 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor.

Berdasarkan kepada peruntukkan tersebut, mahkamah boleh memerintahkan mana-mana ‘orang yang bertanggungan’ tentang hal itu mengikut hukum syarak supaya membayar nafkah kepada orang lain jika bapa tersebut tidak berupaya sepenuhnya atau sebahagiannya daripada mencari kehidupan kerana kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan dalam masa yang sama, pihak mahkamah berpuas hati setelah menilai dan mengambil kira kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah untuk pihak mahkamah mengeluarkan perintah sedemikian.

‘Orang yang bertanggungan’ yang dimaksudkan dalam peruntukkan tersebut ialah datuk mereka (bapa kepada bapa) dan kemudian orang-orang yang selepasnya. Arahan Amalan Mahkamah Syariah no14 Tahun 2007 bertajuk ‘Susunan Waris Yang Bertanggungan Membayar Nafkah’ menyatakan, maksud ‘orang yang bertanggungan’ ialah ‘ahli waris’ sebagaimana yang diperuntukkan syarak dan seperti juga yang dinyatakan dalam seksyen 61, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ini bermakna, waris-waris daripada keluarga lelaki yang mempunyai hubungan darah dengan pihak yang mati dan tidak diselangi oleh perempuan iaitu bapa, bapa kepada bapa, anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki), saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa.

Selain itu, pihak pemerintah juga boleh memainkan peranan dan memastikan tanggungan nafkah anak-anak yang ketiadaan bapa dan ahli waris dibiayai oleh baitulmal yang mana ia merupakan tempat terakhir untuk membantu mereka.

Dengan itu, kebajikan mereka akan terjamin dan melepaskan diri mereka daripada kesempitan hidup, selari dengan pendekatan maqasid al-syariah dalam memastikan nafkah anak tidak terabai. Wallahualam,

Peguam Syarie

Sumber: Facebook Iezwan Ielias

error: Haipp!!!