Tue. Dec 6th, 2022

Isteri Teruja Dapat Hadiah “Gold Bar” Daripada Cik Suami, Bikin Ramai Terhibur

Isteri manalah yang tak suka dengan hadiah-hadiah pemberian oleh cik suami kan? Kalau selalu dapat hadiah barulah ‘sweet’ namanya.

Sudah namanya wanita, mestilah amat sinonim dengan barang kemas. Jadi kalau cik suami tu bagi hadiah berupa barang kemas, lagilah cari agaknya kan.

Tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang isteri yang menerima hadiah kononnya ‘gold bar’ daripada suaminya.

Sekali pandang memang nampak ‘wow’. Kita yang tengok pun terpegun. Tapi rupa-rupanya…mari baca perkongsian Junariah Ab Rahman ini.

Terkejut si isteri pagi-pagi dapat kotak merah berisi gold bar.

Bila suami faham benar dengan minat dan cita rasa isterinya.

Tq cik suami..i love you tau.

Amboi..pandai noo, buat lawak kat cheq..

Difahamkan, hadiah pemberian yang dikatakan ‘gold bar’ itu sebenarnya adalah kiub pati ayam sahaja.

Demikian itu, ramai netizen turut ‘tag’ pasangan masing-masing sebab nak juga merasai ‘hadiah’ yang serupa.

Malah ada juga yang bergurau senda, dakwa dapat ’emas’ lagi banyak daripada Junariah.

error: Haipp!!!