Tue. Oct 4th, 2022

Kekangan PKP, takut dikompaun … jurugambar lakukan sesi photoshoot atas bumbung rumah! Ke mana pengantin lelaki pergi?

BERBEZA dari yang lain!

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan hasil bidikan jurugambar ini mengambil gambar ‘outdoor’ perkahwinan di atas bumbung!

Melalui Video yang dikongsi di aplikasi TikTok, ia memaparkan jurugambar sedang merakam aksi pengantin perempuan dengan persalinan berwarna putih di atas bumbung sebuah rumah dua tingkat.

Jurugambar Ariff Rosly, mengatakan bahawa idea untuk mengambil gambar di loutdoor di atas bumbung muncul secara spontan setelah berbincang dengan pengantin perempuan.

“Bila jurugambar rakam majlis seperti ini, kita memerlukan jalan cerita … Biasanya kita akan mengambil gambar bermula dengan solek, perkahwinan, memakai cincin, dan seterusnya, termasuk yang terakhir, fotografi outdoor.

“Tetapi sejak kita masih dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia jadi terbatas sedikit. Pengantin bimbang, takut mereka akan dikenakan kompaun.

Penggambaran outdoor pasangan pengantin ini hanya dilakukan di kawasan rumah.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk hanya shoot dekat rumah sahaja. Kebetulan ada laluan yang menuju ke bumbung di tingkat dua rumah. Pengantin perempuan mengatakan bahawa dia selalu naik atas bumbung itu. Semasa perperbincangan, pengantin perempuan bersetuju untuk shoots outdoor atas bumbung.

Jurugambar berusia 25 tahun itu berkata: “Pada mulanya, tanya juga pengantin, kalau tak okay tak perlu, tetapi dia okey saja. Maka terjadilah sesi outdoor di atas bumbung.”

Ariff menambah bahawa oleh kerana pengantin lelaki tidak sihat pada masa itu, dia hanya shoot dengan pengantin perempuan sahaja.

Ariff bersama rakan-rakannya yang menubuhkan team fotografi yang dikenali sebagai Lenstopia.

Dia mengatakan bahawa masa penggambaran hanya sekitar 15 minit.

Tambahnya lagi “Pengantin perempuan ada ‘background’ sebagai seorang, jadi tidak sukar untuk untu melakukan pelbagai ‘pose’.”

Menurut Ariff, dia menerima reaksi bercampur reaksinya terhadap perkongsian video itu, sama ada komen positif dan negatif.

“Beberapa komen mengenai idea outdoor di atas bumbung sangat kreatif dan memberi inspirasi … berbeza dengan yang lain dan sebagainya.

“Namun, ada juga yang memberikan komen negatif seperti aspek keselamatan. Ada juga yang memberi komen bahawa gambar pengantin ‘overexposed’.

“Sebenarnya, setelah kembali dari shooting, saya terus mengedit dan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja kerana saya ingin berkongsi di media sosial. Ini bukan hasil akhir pengeditan. Sudah tentu pasukan saya akan memberikan yang terbaik untuk pelanggan, “katanya, sambil menambah bahawa dia dan rakan-rakannya membuat persiapan untuk membuka sebuah studio, bulan depan.

Menceritakan lebih lanjut, Ariff, yang memiliki ijazah dalam bidang fotografi mengatakan, bahawa seorang jurugambar perlu kreatif, terutama ketika menghadapi situasi yang tidak dijangka semasa penggambaran.

Ariff berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2014.

“Pernah saya shoot di majlis perkahwinan di Forest Valley, nak jadikan cerita ketika itu hujan turun jadi saya terpaksa ubah plan.

“Ada tempat di lokasi itu, dindingnya cantik dengan ukiran kayu. Jadi kami shoot pengantin di situ jee. Alhamdulillah pengantin gembira dan berpuas hati kerana dia tidak menyangka hasilnya menarik.

“Sama seperti outdoor di atas bumbung ini, kerana kekangan PKP, jurugambar harus lebih kreatif. Perlu ada rancangan A dan juga rangcangan B,” katanya yang berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2014.

@ariffrosly1Orang kata belajar tinggi2, aku shoot tinggi2😂 ##fyp ##fypdongggggggg ##weddingphotography ##foryoupage ##foryou♬ DJ Cantik Always Isak Danielson – Wahyu Hidayatt

error: Haipp!!!