Tue. Oct 4th, 2022

Subhanallah, Adik Ini Tertidur Sambil Hafal Surah Dan Al Quran Tak Lepas Pun Dari Tangan

Pada era serba moden ini, sukar sekali untuk melihat kanak-kanak meluangkan masanya dengan membaca buku, mengaji dan melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat yang membina sahsiah diri mereka.

Kita sendiri dapat perhatikan mereka lebih memberi masa dan perhatian kepada teknologi gajet dan aplikasi permainan sehingga kadang kala tertidur sewaktu bermain game.

Namun, berbeza pula dengan kisah seorang kanak lelaki ini yang kelihatan tertidur bukan kerana bermain game, sebaliknya menghafal ayat-ayat al-Quran. Subhanallah

Menerusi sekeping gambar yang tular di laman Twitter, kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun itu nyenyak tertidur di atas lantai sambil bersandar di tepi almari malah turut memegang al-Quran kecil di tangannya.

Mungkin waktu rehat sekolah digunakan mengisi perut yang lapar, namun tanpa sedar dia tidak ketinggalan mengisi hatinya dengan ayat suci kalamullah.

Perkongsian oleh seorang pengguna Twitter itu menarik perhatian ramai yang rata-rata kagum melihat tindakan kanak-kanak tersebut sebagai hamba bertakwa di atas muka bumi ini.

Kurangkan perhatian mereka pada gajet, lebihkan pada perkara yang membina sahsiah untuk generasi selepas kita. Insya Allah

error: Haipp!!!