Wed. Oct 5th, 2022

Wanita Sedih, Peniaga Tidak Ambil Berat Soal Kebersihan Dalam Memasak, Terpaksa Makan Ayam Busuk Dan Keli Kotor

KEBERSIHAN itu separuh daripada iman. Bayangkan jika kita tidak menjaga kebersihan, adakah separuh iman kita sudah hilang?

Wanita ini berkongsi perasaan sedihnya apabila menerima bungkusan makanan yang dilihat seperti masak “campak-campak” tanpa mengambil berat soal kebersihan.

Busuk dan menjijikkan. Itulah yang boleh digambarkan.

Perasaan sedihnya bukan pada dirinya sahaja, tetapi dia memikirkan adik-adik bakal guru yang terpaksa makan ayam busuk dan ikan keli kotor.

Dia berasa sangat sedih apabila menerima bungkusan makanan itu seolah-olah peniaga berkenaan tidak ambil berat. Menurutnya, bekalan tersebut diberikan pada pelajar-pelajar dan juga guru-guru yang berada dikampus.

Jika dilihat dengan mata kita sendiri pun hilang rasa nak makan walaupun sedang berlapar. Loya tekak melihat keadaan bungkusan makanan itu. Mana perginya ikhlas ketika berniaga?

Sebagai seorang muslim, Islam menuntut kita menjaga kebersihan dalam pelbagai aspek. Tidak kiralah penampilan diri, kebersihan kawasan mahupun kebersihan dalam penyediaan makanan.

Kadangkala kita terlepas pandang hal ini oleh kerana sikap ‘sambar apa yang ada’. Oleh sebab itu, jika kita perhatikan sahsiah generasi kini semakin teruk, akhlak mereka tidak seperti yang dituntut oleh Islam.

Nabi kita Muhammad S.A.W pernah berpesan dalam hadithnya;

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, seluruh tubuh baik. Jika ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah (segumpal daging) itu ialah hati..” (HR. Muslim).

Jagalah hati kita supaya tidak dirosakkan oleh pemakanan yang tidak bersih dan halal. Allah suka pada mereka yang menjaga kebersihan.

error: Haipp!!!