Tue. Oct 4th, 2022
Ibu Jari Anak Bernanah Kerana Jangkitan Kuman Gara-Gara Hisap & Gigit

Ibu Jari Anak Bernanah Kerana Jangkitan Kuman Gara-Gara Hisap & Gigit

Ibu Jari Anak Bernanah Kerana Jangkitan Kuman Gara-Gara Hisap & Gigit

Terkadang bila sesuatu perkara nak jadi ibu bapa tak perasan pun hinggalah sampai satu ketika barulah tersedar. Begitu juga dengan tabiat anak yang suka hisap jari. Memang kalau fikirkan ia tak memudaratkan pun tetapi jika ada sebaliknya berlaku, barulah kita akuinya.

Ibu Jari Anak Bernanah Kerana Jangkitan Kuman Gara-Gara Hisap & Gigit
Ibu Jari Anak Bernanah Kerana Jangkitan Kuman Gara-Gara Hisap & Gigit

Biasanya tabiat anak hisap jari ni berlaku secara spontan ketika masih kecil. Namun tabiat ni akan terhenti apabila anak dah semakin besar dan faham. Seperti dalam perkongsian seorang ibu, Nurfazliana dia langsung tak sangka kejadian yang berlaku pada anak keduanya baru-baru ini.

Ibu jari bernanah

Assalamualaikum semua ibu-ibu. Saja nak berkongsi pengalaman anak kedua saya Hayfa Rania pada 2 minggu lepas. Anak saya dari kecik memang suka isap jari, masa baby ada beri puting tapi dia suka keluarkan dan masukkan jari.

Dia akan isap ibu jari sebelah kiri.. tangan belah kanan dia tak suka.. sampailah kejadian 2 minggu lepas saya perasan ibu jari kiri dia start warna merah macam bengkak, bila saya picit dia buat reaksi muka sakit. Selepas 2 hari jari dia mula bengkak dan bernanah sikit. Bila malam Ahad 04.10.2020 dia dah start merengek, dan tak nak isap jari maybe sakit dah tu.

Nak tidur tapi tak boleh sebab dia akan lena bila isap jari. So tak sedap hati saya bawak pergi klinik swasta malam tu. Bila sampai doc kata tak boleh pecahkan lagi sebab nanah dia belum masak ( katanya ) dia kata dia bagi antibiotik yang kuat sikit .. kot boleh kurang & kecut sendiri 2-3 hari mcm tu. Kalau tak kecut boleh dtg semula untuk pecahkan nanah tu ..

Kuku pun dah mati

Hari Selasa 06.10.2020 saya pergi kerja mcm biasa, ayah dia yang akan kejut anak-anak bagi mandi dulu sebelum dia pergi kerja. Tapi bila dia kejut Rania tetiba bibir dia ada kesan darah dalam mulut penuh ulser.. pagi tu saya tak sempat nak jengguk Rania walhalnya mmg saya akan jengguk dia selalunya ..

Ayahnya call suruh balik bawak pergi klinik terus sebab tangan dia pun dah semakin membengkak. Bila pergii klinik (bukan klinik sama) saya cerita dari A-Z siap bawak ubat yang dia makan. Doc kata ni kuku pun dah mati.. dia tak berani buat sebab Rania masih kecik. Dia buat surat untuk refer terus ke hospital. Doc klinik kata sepatutnya Ahad malam tu dah terus kena pecahkan nanah tu..

Perlu buat pembedahan

Bila sampai hospital dari siang ke malam baru tahu keputusan yang Rania kena masuk OT untuk buang nanah and kena warded. So ibu pun redha…. Doc hospital kata sepatutnya Ahad malam tu dah kena bawak hospital terus.

Yelah ibu ayah pergi klinik swasta memikirkan esoknya Isnin nak kena kerja. Ibu pun menyesal tak bawak terus ke hospital Ahad malam tu.. terus Rania tak isap jari dah.. Puncanya Doc kata dia suka gigit jari tu, kuku tu dah cengkam isi dia.. tu yang boleh bernanah.

Alhamdulillah now kuku pun dah tercabut sendiri and luka dah kering .. ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Sumber: Nurfazliana via Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Alahai, comel je tengok pakcik ni 🙂

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul 🙁

error: Haipp!!!