Fri. Nov 25th, 2022
Sebak Tengok Pakcik Ini Apabila Gelagat Beliau "Mencuri" Makan Buah Tembikai Semasa Tengah Bekerja Dirakam

Sebak Tengok Pakcik Ini Apabila Gelagat Beliau "Mencuri" Makan Buah Tembikai Semasa Tengah Bekerja Dirakam

Sebak Tengok Pakcik Ini Apabila Gelagat Beliau “Mencuri” Makan Buah Tembikai Semasa Tengah Bekerja Terakam

Mari kita renung sebentar, dalam hidup ini walaupun kita diberi rezeki yang cukup seperti tempat tinggal, makanan dan sebagainya, kadang-kala kita masih lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan itu.

Kita sentiasa bandingkan hidup kita dengan orang lain, terutamanya dari segi apa yang ‘kurang’. Misalnya, kita lihat kawan kita selalu makan makanan mahal dari hotel bertaraf lima bintang atau hari-hari lepak di kafe hipster.

Mulalah perasaan tidak puas hati bercambah dalam hati, walhal, makan, pakaian kita semua cukup. Cuma mungkin tidak semegah kawan-kawan yang dibandingkan berkenaan.

Nah, apabila menonton video yang dimuat naik oleh akaun laman Instagram ini, mesti korang akan rasa sebak kerana dalam dunia ni ada juga manusia yang terlalu lapar sehingga terpaksa makan secara ‘curi-curi’.

Video Player

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki tua sedang makan sepotong buah tembikai sewaktu bekerja secara ‘sorok-sorok’ dipercayai kerana terlalu lapar.

Sewaktu menyedari perbuatannya dirakam oleh seseorang, sepantas kilat dia menyembunyikan potongan tembikai yang sudah dimakan di belakangnya kemungkinan bimbang jika diketahui oleh majikannya.

Namun begitu, walaupun hanya sempat menjamah sepotong tembikai, lelaki tua itu masih mampu tersenyum gembira setelah dapat mengalas perutnya yang kosong. Kalau kita? Mungkin masih mengeluh sebab… Mana cukup sepotong tembikai untuk hilang rasa lapar, kan?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bersimpati terhadap lelaki tua itu dan mendoakan kesihatannya.

Moga sihat selalu

Kesiannya Ya Allah

Tak sanggup nak tengok

Sedihnya .. Syukurlah kita masih diberikan rezeki untuk pilih makanan mana yang kita mahu dan makan di mana-mana sahaja tanpa sembunyi.

Sumber: Insta @makassar_iinfo

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Kisah Pilu Kanak-Kanak Menjadi Yatim Piatu Selepas Ibu Meninggal Akibat Covid-19

error: Haipp!!!