Wed. Oct 5th, 2022

YouTuber Terkenal Jerman Ucap Syahadah Setelah Jatuh Cinta Dengan Agama Islam

Pada awal bulan ini, Christian Betzmann yang merupakan seorang YouTuber terkenal berasal dari Jerman, membuat kejutan kepada pengikutnya apabila dia menyiarkan sebuah video memaparkan detik pengislamannya menerusi saluran YouTube.

Youtuber christianbetzmann

“Saya terima Islam, kini saya seorang Muslim”

“Saya rasa sangat ‘relaks’ seperti dapat mengawal badan saya dengan lebih baik, saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya tetapi ia adalah satu perasaan yang indah,” kata Christian sewaktu ditanya oleh rakannya setelah memeluk Islam.
Di samping itu, Christian turut mengumumkan berita gembira tersebut dengan memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram milik beliau, @cristianbetzmann.

Menerusi gambar-gambar berkenaan, pemuda berusia 30 tahun itu menunjukkan sijil pengesahan pengislamannya dengan riak wajah yang kelihatan sangat gembira.

Islam adalah agama kedamaian

“Saya telah memeluk agama Islam. Saya mulakan saluran ini pada Disember lepas dan menghabiskan masa selama setahun di Pakistan. Sewaktu saya berada di sana, saya bertemu dengan ramai insan yang hebat dan belajar mengenai agama Islam serta budaya dan kehidupan umatnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Christian, dia memulakan kerjaya sebagai seorang YouTuber pada Disember lalu dan telah menghabiskan masa selama setahun di Pakistan. Di negara itulah dia mula belajar tentang agama Islam, bergaul dengan ramai umat Islam dan jatuh cinta terhadap agama Islam.

Selain itu, Christian turut menceritakan kisah silamnya dumana dia menjelaskan bahawa di negara asalnya agama ‘Islam’ sering dipandang serong oleh masyarakat.

“Membesar di Eropah, perkataan ‘Islam’ selalu dikaitkan dengan perkara negatif, peperangan, keganasan dan sejujurnya saya bukanlah seorang yang alim sebelum ini jadi saya tidak kisah apa yang orang fikir.
“Kawan-kawan baik saya sewaktu kecil adalah muslim dan kita semua adalah ‘manusia’ yang berada dalam sebuah ‘simulasi’ digelar kehidupan,” luah Christian lagi.
Alhamdulillah, tahniah Christian! Semoga sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Amin.

Video:

Sumber: Instagram Christian Betzmann, Youtube Betzmann Vlogs

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!