Tue. Oct 4th, 2022
3 Tahun Isteri Tidak Boleh Kencing, Suami Berkorban Derma Buah Pinggang

3 Tahun Isteri Tidak Boleh Kencing, Suami Berkorban Derma Buah Pinggang

Demi tanggungjawab yang dilafazkan sewaktu bernikah dahulu, seorang lelaki sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepada isterinya yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang.

Lelaki tersebut, Mohd Hilmi berkongsi kisah pengorbanan itu di laman Facebook miliknya sebelum menjalani pembedahan di sebuah hospital perubatan pada 28 Julai lalu.

Menurut Mohd Hilmi, dia diuji dengan perkara tersebut ketika dua tahun perkahwinan dimana jalan terbaik untuk isterinya menjalani kehidupan normal tanpa melakukan rawatan dialisis adalah dengan membuat pemindahan buah pinggang.

Kali pertama masuk wad. Berdebar2

Assalamualaikum salam sejahtera. Dah selesai daftar untuk masuk wad. Pertama kali aku masuk wad. Rasa debor2 pun ada.. Setelah beberapa kali tunda untuk operation.. Kali ini harap tidak tunda lagi.. Setelah selamat aku nikah dan membaca taklik aku telah menjadi suami yang sah kepada isteri aku dan bertanggungjawab untuk menjaga isteri aku walau apa jua rintangan dan dugaan. 2 tahun perkahwinan aku di uji isteri mengalami kegagalan fungsi buah pinggang keduanya. Jalan terbaik untuk menjalani kehidupan normal tanpa membuat dialisis 3 kali seminggu dengan membuat pemindahan buah pinggang. Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal. Tiada halangan untuk dialisis. Baru tadi nurse kata.. Isteri beri buah pinggang untuk suami biasa jer dema dengar. Tapi suami beri sebelah buah pinggang untuk isteri jarang2 dengar.. Ada tapi jaranglah dengar. Aku beri kerana tanggungjawab aku sebagai suami yang mahu melihat isteri aku kembali hidup normal.. Doakan kami berdua moga selasa ni selamat menjalani operation transplant….

“Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri, moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal. Nurse kata, isteri beri buah pinggang untuk suami biasa jer dema dengar.

“Tapi suami beri sebelah buah pinggang untuk isteri jarang2 dengar.. Ada tapi jaranglah dengar. Aku beri kerana tanggungjawab aku sebagai suami yang mahu melihat isteri aku kembali hidup normal,” katanya.

Sehari selepas pembedahan, dia meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjaya dilakukan malah gembira kerana hasratnya mahu melihat isteri kembali sihat telah tertunai.

Sekarang organ aku dah diberikan untuk isteri

Alhamdulillah syukur kepada allah s.w.t semalam telah berjalan dengan lancar operation transplant aku untuk isteri.. Pukul 8 lebih masuk bilik bedah jam 3 dah siap semuanye dah balik ke wad icu. Rasa kebas2 di perot sebelah kiri. Sekarang organ aku dah ku berikan untuk isteri aku.. Alhamdulillah isteri aku dah dapat kencing semula setelah 3 tahun tidak boleh kencing. Itu lah kejayaan yang paling gembira.. Harap aku dah isteri cepat sembuh.. Terima kasih pada kawan2 yg doakan untuk aku dan isteri.. Keluarga aku dan keluarga mentua aku tidak henti berdoa. Hajat aku telah tertunai..,

“Alhamdulillah isteri aku dah dapat kencing semula setelah tiga tahun tidak boleh kencing. Itulah kejayaan yang paling gembira.. Harap aku dan isteri cepat sembuh,” luahnya.
Isteri dah bebas segala tiub2 yang melekat di tubuhnya.

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah 10 hari aku dan isteri selesai menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Selesai je pembedahan isteri aku dah mula boleh kencing setelah sekian lama 3 tahun tidak mampu kencing kerana kerosakkan buah pinggang. Keputusan darah menunjukkan bacaan Creatinine buah pinggang isteri aku telah menunjukkan paras normal iaitu 69. Hanya beberapa yang kene dia perbaiki dengan pengambilan buahan susu dan kuning telur.. Kini isteri aku sudah bebas segala tiub2 yang melekat di tubuhnya dan tidak lagi menjalani proses dialisis. Kini penjagaan harus mengikut nasihat doktor untuk kekal sehat. Nasihat aku untuk rakan2 semua amalkan lah hidup yang sehat.. Elakkkan pengambilan minuman campuran seperti 3 dalam 1. Jangan la ambil ubat2 yang tidak ada kelulusan kementerian kesihatan. Pesan aku ni untuk semua dapat jaga diri masing2.. Hargailah anugerah tuhan yang di berikan pada tubuh kita dan jangan kita abainya Buat masa ni 3 kali seminggu kene buat medical check up untuk memantau perkembangan isteri aku.. Aku pernah muram dan sangat sedih bila dapat tahu isteri aku mengalami kerosakkan kedua buah pinggang. Tersangat sedih hanya yang terdekat memahaminya diri aku.. Alhamdulillah setelah bertahun menunggu tarikh untuk pembedahan akhirnye selesai segalanya. Semoga pengorbanan aku untuk isteri di terima allah s.w.t dan moga kami sihat sentiasa dan bahagia..

Sumber: FB Mohd Hilmi

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sakit Segala Urat2 Selepas Selamatkan Kucing Dalam Longkang, Tiga Pemuda Raih Pujian Netizen

error: Haipp!!!