Wed. Oct 5th, 2022
"Kerana Mahu Mencuba Rawatan Tradisional, Anak Kecil Tenat" - Nurse Kongsi Pengalaman Di Wad Kanak-Kanak

“Kerana Mahu Mencuba Rawatan Tradisional, Anak Kecil Tenat” – Nurse Kongsi Pengalaman Di Wad Kanak-Kanak

Di dunia terdapat dua kaedah rawatan iaitu secara tradisional dan juga secara moden. Rawatan tradisional sangat popular pada zaman dahulu terutama bagi masyarakat yang tinggal jauh dari pusat perubatan. Ada juga yang lebih selesa mengamalkan rawatan tradisional, namun ada juga berpendapat rawatan moden lebih berkesan.

Seorang pengguna Facebook telah membuat satu posting berkenaan rawatan tradisional yang bertajuk ‘Jangan Perlekehkan Rawatan Tradisional’ yang mendapat perkongsian ramai dan menarik ramai netizen untuk memberikan pendapat. Salah soerang yang berkongsi pendapat dan pengalaman antaranya jururawat yang bertugas di wad kanak-kanak. Dia menceritakan bagaimana sedihnya ibu bapa yang terus membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di luar hospital tanpa mengambil tahu faktor dan punca penyakit anak mereka.

Tak salah pun nak cuba rawatan traditional.. Sebab walaupun saya nurse.. Ada jugak saya dapatkan rawatan dengan ‘orang pandai’ untuk sesetengah perkara.. Cuma satu ja saya mintak..

Kalau boleh dapatkan diagnosis tu dulu kat hospital.. Rawatan hospital ambil.. Yang traditional pun seiring.. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa kat ward kanak-kanak.. Bila sebut tentang ward kanak-kanak ni.. Yang sakit tentu la anak-anak kan..?

Tapi yang buat keputusan untuk mereka ibubapa.. Sebab dah banyak kali jadi.. Anak nampak sihat.. Tapi keputusan darah atau scan anak tak cantik Dan perlukan rawatan segera..

Berapa Kali Ada Ibubapa Yang Degil.. Sanggup Sign Surat Tanggung Risiko Sendiri Untuk Bawak Anak Keluar Hospital Sebab Nak Cuba Rawatan Traditional..

End up lepas beberapa bulan datang balik hospital anak dah tenat Dan nazak.. Melutut depan doctor mintak selamat kan anak.. (kesian.. Kasih ibu.. Sanggup Melutut untuk anak..).. Dah 3 4 kali kejadian macamni jadi depan mata.. Dan selalu ya doctor akan bagi nasihat untuk bawak anak balik supaya anak dapat luangkan saat-saat akhir dengan adik beradik lain(untuk yang dah tak boleh buat apa dah)..

Saya jururawat dan saya seorang ibu .. Sakit sangat hati ni kalau anak tu tenat disebabkan ego parents.

Kredit: IIUMC.COM, Mawar Blue

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!