Mon. Nov 28th, 2022
“Usaha cari jalan keluar permasalahan soal ibadat” - Sekumpulan pelajar cipta sejadah anti-korona

“Usaha cari jalan keluar permasalahan soal ibadat” – Sekumpulan pelajar cipta sejadah anti-korona

Sekumpulan pelajar di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah 5 Pucang di Surabaya mengambil inisiatif menghasikan sejadah Anti-Korona (Sajana) dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di masjid dan surau.

Sejadah itu diperbuat menggunakan bahan plastik dan perlak (material umpama tikar getah) ini cukup mudah dibersihkan dengan cecair anti bakteria sekiranya tercemar dengan virus atau pun bakteria.

Namun yang menariknya mengenai tikar sembahyang itu, warna padanya tidak akan tertanggal meskipun dicuci menggunakan cecair anti bakteria berulang kali kerana ia menggunakan cat khusus.

Produk itu dihasilkan dengan bertujuan untuk memudahkan umat Islam agar dapat beribadah ketika dunia masih diselubungi pandemik Covid-19.

Sajana tampil dengan pelbagai rekaan dan warna sebagai penarik dengan ukuran 60 X 120 cm.

Pelajar menghasilkan sendiri rekaan pada sejadah.

Sementara itu, bagi mengingatkan masyarakat dan pengguna sejadah itu, ia turut tertera tulisan ‘Sesudah Solat, Sila Bersihkan’ selain peringatan ‘Sila Pakai Masker, Cuci Tangan Dengan Sabun dan Jaga Jarak Sosial’ pada sejadah.

“Penghasilan sejadah ini diharap dapat memberi kebaikan kepada umat Islam dalam menjalankan ibadah serta membuka ruang ekonomi dalam kalangan pelajar dalam situasi sukar ketika ini.

“Idea ini 100% daripada pelajar yang bukan sahaja terkesan oleh pandemik tetapi mahu mencari jalan keluar kepada beberapa permasalahan yang berlaku khususnya dalam soal ibadat umat Islam.

“Saya rasa usaha ini satu permulaan yang baik dan ideanya juga menarik dalam kita berjaga-jaga terutamanya ketika solat di surau atau masjid,” kata guru yang mengetuai projek itu, Wardatul Ummah.

Sehingga kini, sejadah itu sudah pun mendapat perhatian di Indonesia dan dijangka akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak untuk kegunaan Ramadan dan Aidilfitri.

Sumber: mstar

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tunggu Penuh Sabar! Budak Tak Mampu Beli KFC, Teruja Kali Pertama Ke Restoran

error: Haipp!!!