Thu. Sep 29th, 2022
"Hari2 menu lain, tinggal nak makan je" - Ramai mahu jadi ‘housemate’ Khairul Aming

“Hari2 menu lain, tinggal nak makan je” – Ramai mahu jadi ‘housemate’ Khairul Aming

Sepanjang bulan Ramadan ini, Instagram milik Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman pasti menjadi tumpuan ramai dengan berkongsi macam-macam video tutorial masakan.

Mana tidaknya, setiap video yang dimuat naik meraih jutaan tontonan dimana kelihatan ringkas, namun berjaya membuatkan warganet ‘terliur’ selepas melihat menu dihasilkannya.

Namun begitu, terdapat netizen yang menyifatkan rakan serumah kepada pemuda berusia 29 tahun itu sangat bertuah kerana dapat menikmati pelbagai juadah bersahur dan berbuka puasa tanpa perlu ‘pening kepala’.

Anak2 derhaka, bangun!

Baru-baru ini, pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkongsi video masakan ketika bersahur di laman Twitter sebelum mengejutkan rakan-rakan serumah yang masih tidur.

“Sahur hari ni aku masak salted egg prawn, sup tauhu telur, and telur mata kicap,” tulisnya.

Bangun saja terus makan! Menurut netizen, alangkah seronoknya jika dapat menjadi rakan serumah Khairul Amin dimana setiap hari akan dihidangkan dengan menu berbeza, sedap dan menyelerakan.

Selain itu, ada juga individu kagum dengan tahap kerajinan pemuda tersebut yang bangun di awal pagi untuk memasak walaupun sibuk menghasilkan video tutorial bagi peminat setia.

Bangun terus ‘tibai’ makan.

 

Tidak dinafikan, kemunculan Khairul Amin di media sosial berjaya membantu individu yang tak reti memasak menjadi seorang yang rajin berada di dapur! Cuma kadang-kadang, masa tak mengizinkan.

Kredit: trendingkini

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Alahai, comel je tengok pakcik ni 🙂

error: Haipp!!!