Tue. Oct 4th, 2022
Doktor tidak tergamak untuk melihat adegan di kliniknya! Bapa tampar, tengking anak sampai timbul urat leher konon nak "mengajar"

Ibu bapa dinasihatkan agar menegur kesalahan anak mereka dengan beradab, bukannya memarahi mereka di hadapan khalayak.

Doktor tidak tergamak untuk melihat adegan di kliniknya! Bapa tampar, tengking anak sampai timbul urat leher konon nak “mengajar”

KALAU sudah namanya kanak-kanak, pasti gelagat dan tingkah laku mereka sukar dikawal lebih-lebih lagi ketika berada dalam fasa suka meneroka perkara yang berada di sekelilingnya.

Mungkin adakalanya kesabaran ibu bapa akan teruji namun perlu diingat, ada pendekatan dan kaedah yang wajar digunakan untuk mendidik mereka.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang doktor berkongsi senario yang berlaku di hadapan matanya sendiri apabila si bapa menggunakan cara yang tidak sesuai ketika menangani kelakuan anaknya yang terlebih aktif.

“Ada seorang bapa ni datang bawa anak sulung dia ke klinik kerana tak berapa sihat. Anak dia yang bongsu ikut sekali. Semasa si sulung sedang diperiksa, si bongsu ni sentuh barang dalam bilik konsultasi.

“Si bapa pun larang. Namun, si bongsu ni tetap main-main, sampailah ada barang yang dia sentuh tu jatuh ke lantai. Budak tu jadi panik. Si bapa tu pula tiba-tiba naik berang. Ditengking si bongsu tu sampai timbul urat di leher.

Dr. Kamarul Ariffin sering berkongsi hal kesihatan, keibubapaan dan juga isu semasa di laman Facebook.

“Saya beritahu si bapa tak perlulah marah sampai begitu barang yang jatuh tu pun bukan barang yang sensitif atau berharga sangat,” cerita Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam posting tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, lelaki tersebut enggan menghiraukan kata-katanya sebaliknya mahu terus ‘mengajar’ anak bongsunya itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Dia tarik tangan anak dia. Lepas tu tampar-tampar tangan anak dia. Kuat juga. Menangis budak tu. Tak tergamak saya tengok. Sampaikan saya terpaksa bersuara.

“Saya kata kalau nak marah anak, mohon jangan di hadapan orang. Tak elok begitu. ‘Siap kau balik nanti!’, kata dia seolah-olah belum selesai lagi urusan dengan anaknya itu,” tulis Dr Kamarul.

Sebahagian daripada perkongsian Dr Kamarul Ariffin di Facebook beliau, baru-baru ini.

Menurut doktor ini, dia sendiri hairan mengapa sesetengah ibu atau bapa bersikap terlalu ‘keras’ sehingga tidak segan ‘mengajar’ anak mereka di hadapan orang lain.

Jelas Dr Kamarul Ariffin, walau apa pun tujuan ibu bapa berkenaan sama ada benar-benar mahu mendidik atau sekadar mahu menunjukkan kononnnya mereka tegas, pendekatan sedemikian secara tidak langsung memberi impak kepada diri kanak-kanak berkenaan.

“Anak, walaupun dia masih kecil, mereka tetap ada harga diri dan maruah. Dia tak suka direndah-rendahkan di hadapan orang. Ada dua perkara boleh berlaku jika kita selalu memarahi mereka di khalayak umum.

Memang bagus untuk kita tegur kalau dia buat salah. Cuma pastikan kita marah itu dalam keadaan niat utamanya untuk mendidik. Bukan untuk lepas geram.

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN
DOKTOR

“Pertama, dia akan rasa nilai diri dia rendah. Dia akan hilang keyakinan diri. Sentiasa takut dihakimi orang. Paling sedih, dia akan rasa ibu bapa ni bukan jenis akan lindungi dia jika dia kesusahan.

“Kedua, dia akan rasa perbuatan kita tu sesuatu yang normal. Di masa akan datang dia akan buat pada adik beradik dia, pada kawan-kawan dia, dan suatu masa nanti, tak mustahil mungkin dia akan buat pada kita semula,” katanya.

Justeru katanya, jika berdepan dengan situasi seperti ini, ibu bapa tidak dilarang sama sekali untuk memarahi atau menghukum anak mereka, namun perlu dilakukan secara beradab.

Ibu bapa tidak dilarang sama sekali untuk memarahi atau menghukum anak mereka, namun perlu dilakukan secara beradab. Gambar hiasan

“Nak marah anak, marahlah. Memang bagus untuk kita tegur kalau dia buat salah. Cuma pastikan kita marah itu dalam keadaan niat utamanya untuk mendidik. Bukan untuk lepas geram, bukan untuk jaga air muka kita, bukan untuk puaskan hati orang sekeliling.

“Biarlah berkadar dengan kesalahannya. Percayalah, jika kita jaga aib anak-anak kita dengan baik, maka insyaAllah anak-anak pun akan jaga aib kita dengan baik,” katanya lagi.

Sumber: FB Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (Chaku)

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Bantu dalam pencarian kapal selam, rakyat Indonesia hargai dan terharu usaha TLDM

error: Haipp!!!