Sat. Nov 26th, 2022
Meremang Dengar Lagu Yang Kru Kapal Ini Nyanyikan Beramai-ramai Sebelum Sesuatu Menimpa Mereka :(

Meremang Dengar Lagu Yang Kru Kapal Ini Nyanyikan Beramai-ramai Sebelum Sesuatu Menimpa Mereka :(

Berita tentang tragedi yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan satu perkhabaran duka buat seluruh rakyat Indonesia.

Baru-baru ini tular pula sebuah video memperlihatkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul “Sampai Jumpa” beramai-ramai.

Video tersebut dikongsi oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dalam video itu, kelihatan salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.

Menyanyi beramai2, seakan menyampaikan pesanan terakhir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erix Soekamti (@erixsoekamti)

Hayati lirik lagu ‘Sampai Jumpa’ yang dinyanyikan mereka:

“Datang akan pergi
Lewat ‘kan berlalu
Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah
Awal ‘kan berakhir
Terbit ‘kan tenggelam
Pasang akan surut bertemu akan berpisah
Hey, sampai jumpa di lain hari
Untuk kita bertemu lagi
Kurelakan dirimu pergi
Meskipun ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap tanpa dirimu
Kuharap terbaik untukmu”

Meneliti setiap bait lagu itu, ternyata ia seperti membawa maksud mendalam berkaitan keberadaan mereka.

Seakan “pesanan terakhir” daripada setiap kru ingin disampaikan buat ahli keluarga, saudara mara serta insan tersayang yang menanti kepulangan mereka.

Merinding dengar lagu ini

Menjengah ke ruangan komen di perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak saat menghayati suara serta melihat reaksi setiap kru kapal selam itu.

Mana tidaknya, raut wajah setiap kru dilihat begitu gembira, sama sekali tidak menyangka akan takdir ‘terindah’ yang ditentukan oleh Tuhan buat hidup mereka.

Semoga ada keajaiban

Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman

Terdahulu, media Indonesia melaporkan Kapal Selam KRI Nanggala yang membawa seramai 53 kru kapal itu dipercayai mengalami keretakan dan tenggelam sedalam 850 meter di dasar laut.

Perkara itu ditentukan apabila anggota misi pencarian menemui tumpahan minyak dan serpihan kepingan serta barang-barang peribadi seperti sejadah dari kapal selam terbabit.

Sumber: Instagram @erixsoekamti

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!