Tue. Oct 4th, 2022
Puas merata pergi premis sebab order tak masuk-masuk, rider dapat rezeki tak diduga selepas pasrah ... duduk tepi tangga beri kucing bunting makan

Rider tersebut berkongsi kisahnya menerima rezeki yang tidak disangka selepas memberi makanan kepada seekor kucing bunting. Gambar hiasan

Puas merata pergi premis sebab order tak masuk-masuk, rider dapat rezeki tak diduga selepas pasrah .. duduk tepi tangga beri kucing bunting makan

BANYAK kali kita dihidangkan dengan perkongsian pelayar di media sosial mengenai kuasa sedekah.

Ada kisah di mana seorang pemuda memberi minuman percuma kepada pengguna jalan raya, tanpa disangka dia kemudian ditawarkan untuk menyediakan minuman buat para pelajar sekolah.

Ada yang membayarkan makanan untuk orang tak dikenali dengan niat bersedekah, namun siapa sangka tidak lama kemudian dia menerima tawaran kerja dengan nilai 10 kali ganda dari wang yang dibelanjakanya.

Begitulah besarnya ganjaran yang diberikan asalkan niat ikhlas untuk bersedekah, sebagaimana yang turut dialami oleh seorang pekerja penghantar makanan (rider) ini.

Berkongsi kisahnya menerusi satu posting di Facebook, rider bernama Muhammad Iftitah berkata, ketika itu dia sedang menunggu pesanan daripada pelanggan yang tidak kunjung tiba.

“10 minit aku tunggu, tak ada order masuk. Puas kill app dan run balik, masih tiada order masuk. Aku parking motor depan Ayamas dengan harapan ada la order Ayamas masuk.

“Datang member rider sorang lagi. Dia ada order. Keluar sorang lagi rider dari Ayamas. Dia pun ada order. Member rider yang sorang lagi ni bagi aku ayam Korea. Katanya ada orang bagi untuk berbuka tapi dia dah kenyang. Alhamdulillah, rezeki.

Sebahagian daripada perkongsian Muhammad Iftitah mengenai kisahnya mendapat rezeki tidak disangka selepas memberi seekor kucing bunting makanan.

“Lepas tu dia pick-up item dia dan dia pergi hantar. Tinggallah aku sendiri. Aku start motor, pergi depan Tealive pulak. 10 minit aku tunggu, masih takde order masuk. Aku pandang langit. ‘Tak apalah’. bisik hati kecilku,” tulisnya.

Sambil menunggu pesanan masuk, rider tersebut sempat membelek-belek reviu daripada pelanggan yang membeli minyak wanginya beberapa hari lalu menerusi platform e-dagang.

“Aku rasa cukup gembira dah sebab dapat review yang elok, dan dapat ayam Korea. Masa ni, aku duduk dekat tangga tepi Tealive. Tengah aku scroll-scroll phone, tiba-tiba datang seekor kucing sarat bunting.

Double order! Setengah jam aku takde order, banyak tempat aku pergi, rupa-rupanya supaya aku sampai ke sini, supaya aku bagi makan dekat kucing ni.

MUHAMMAD IFTITAH
PENGHANTAR MAKANAN

“Aku rasa kesian dekat kucing ni. Takpelah. Aku pergi belikan makanan. Aku tengok ada dua pilihan. Kucing bawah setahun RM1.60, atas setahun RM1.90. Aku ambil yang kucing dewasa, beza 30 sen je pun.

“Aku dah prepare nak bayar RM1.90 tapi harganya cuma RM1.60? Nak buat baik pun dipermudahkan,” ceritanya.

Selesai membuat pembayaran, rider itu pun bergegas semula ke tempat dia temui kucing tadi dan segera memberikan haiwan tersebut makanan yang dibelinya.

Ketika ralit melihat haiwan tersebut menjamah makanan dengan lahap, tiba-tiba tanpa menunggu lama, aplikasi penghantaran dari telefon bimbitnya berbunyi nyaring.

Kucing bunting yang diberi makanan oleh Muhammad Iftitah beberapa hari lalu sudah melahirkan anak. Foto: FB Muhammad Iftitah

“Double order! Setengah jam aku takde order, banyak tempat aku pergi, rupa-rupanya supaya aku sampai ke sini, supaya aku bagi makan dekat kucing ni.

“Mungkin doa kau dimakbulkan wahai kucing yang kelaparan, mungkin kau berdoa kepada Tuhan agar ada insan yang memberikan makanan sebab kau dah tak tahan kebuluran, sebab tu aku dibawa oleh arus takdir sampai ke sini untuk bagi kau makan,” tulisnya lagi.

Posting tersebut sehingga kini meraih 6,200 shares di Facebook selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya memuji dan kagum dengan kebaikan rider tersebut.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tempoh bekalan Oksigen KRI Nanggala sudah berakhir. Gambar terakhir ini buatkan ramai yang sayu

error: Haipp!!!