Thu. Dec 8th, 2022
Pihak Polis Akan Mengira Jumlah Selipar Dan Kasut Semasa Hari Raya

Pihak Polis Akan Mengira Jumlah Selipar Dan Kasut Semasa Hari Raya Nanti

ALOR SETAR: Polis Kedah akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak untuk mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri ini.

“Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak.”

“Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa,” katanya.

Belaiu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi untuk Kontinjen Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Majlis penyerahan kenderaan itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar sebelum ini menegaskan polis akan mengekalkan strategi sama seperti yang dibuat semasa Aidilfitri lalu iaitu dengan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri.

Mengulas lanjut, kata Hasanuddin, pihaknya turut mengarahkan semua anggota di sekatan jalan raya (SJR) melakukan pemeriksaan lebih ketat terutama dalam mengesan mereka yang cuba meloloskan diri untuk rentas negeri, selain menggunakan permit palsu.

“Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu.”

“Jadi, saya menyeru agar semua pihak jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Mazlan pula memberitahu, sebanyak 18,279 kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melebihi had usia dan uzur di seluruh negara akan diganti dengan kenderaan baharu secara berperingkat.

Menurutnya, jumlah kenderaan PDRM yang diganti itu adalah daripada keseluruhan 27,307 kenderaan.

“Sekarang, kita akan ganti sebanyak 400 unit Land Rover yang sedia ada kerana melebihi had usia. Jadi kita akan buat perolehan dan selesai agihan Jun ini.”

“Selain itu, PDRM juga akan agih 240 van untuk penugasan polis,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sering ‘Sold Out’, Pewangi Viral Ini Boleh Hilangkan Bau Hapak & Wangikan Kereta

error: Haipp!!!