Thu. Sep 29th, 2022
Peniaga burger viral rupanya hidup mewah, pernah makan ‘Tomahawk’ berharga RM1,000?

Peniaga burger yang viral kena kompaun RM50k haritu dikatakan hidup mewah, pernah makan ‘Tomahawk’ berharga RM1,000?

Tular beberapa hari lalu di media sosial apabila seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 selepas dikatakan membuka gerai burger melebihi waktu operasi. Perkongsian yang dibuat nyata mendapat simpati orang ramai serta membuatkan para netizen berang dengan jumlah kompaun tinggi yang dikenakan.

Terbaharu, kisah peniaga yang turut mendapat perhatian Neelofa ini tular sekali di mana beliau dimaklumkan sudah kerap menerima amaran dan kompaun daripada pihak penguasa sebelum ini.

Menerusi perkongsian netizen, peniaga burger ini dikatakan sudah kerap melanggar SOP yang ditetapkan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi.

Pembukaan kedai sehingga jam 2 pagi serta menjadi port lepak antara yang menjadi punca kedai ini dikompaun. Malah, dalam satu perkongsian lain di Facebook, pemilik kedai burger memaklumkan kedainya dibuka hingga jam empat pagi.

Tampil Dengan Kehidupan Mewah

Sejak tular berita peniaga ini dikompaun, ramai yang bersimpati memikirkan nasib peniaga ini yang perlu bekerja keras dalam membayar kompaun yang tinggi.

Walau bagaimanapun, kehidupannya mewah yang didedahkan netizen menyatakan sebaliknya apabila beliau tampil berkereta berjenama serta menjamah di restoran mahal.

Menerusi pendedahan yang dibuat, para netizen nampaknya berang dengan peniaga ini serta berpendapat jumlah kompaun yang dikenakan adalah wajar. Tidak kurang juga yang berpendapat jumlah RM50,000 masih tinggi untuk seorang peniaga yang sudah dikenakan kompaun dan diberikan amaran sebelum ini. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Sebuah lagi kes berlaku di Kelantan tempoh hari melibatkan seorang peniaga kedai runcit yang rela kedai runcit disita selepas dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tunggu Penuh Sabar! Budak Tak Mampu Beli KFC, Teruja Kali Pertama Ke Restoran

error: Haipp!!!