Thu. Dec 8th, 2022
Remaja Putus Dua Jari Kanan Main Mercun Bola

JARI dan tapak tangan kanan seorang remaja yang cedera akibat bermain mercun bola di Rantau Panjang, Kelantan, Isnin lepas.

Remaja Putus Dua Jari Kanan Main Mercun Bola

RANTAU PANJANG: Seorang pelajar tingkatan empat putus dua jari kanan akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Rantau Panjang, di sini Isnin lalu.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa berusia 16 tahun putus jari telunjuk dan tengah serta cedera di tapak tangan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan bermain mercun bersendirian di kawasan rumahnya di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.

Katanya, mangsa tidak sempat melontar mercun bola yang dipasangnya lalu meletup dalam gengaman tangan kanannya.

“Keluarganya yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke klinik berdekatan untuk rawatan

“Bagaimanapun akibat kecederaan parah, mangsa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Sebelum itu ..

PDRM benarkan 36 bunga api dijual

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) benarkan 36 bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-pop’ untuk jualan sempena Aidilfitri kali ini, dengan syarat peniaga perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata kelulusan dasar sudah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api secara jualan umum sempena musim perayaan di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, arahan larangan bermain mercun dan bunga api yang diputuskan kerajaan pada 1995 masih berkuat kuasa sehingga kini dan tertakluk mengikut Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

“Sekiranya berlaku pelanggaran syarat, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 8 Akta 207 dan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

  • Mercun, bunga api seludup RM70,000 dirampas

  • Didenda RM3,500 miliki mercun, bunga api

  • Polis Kelantan beri amaran jangan jual mercun pada musim perayaan

  • Polis rampas mercun RM120,000

Mat Kasim berkata, tempoh jualan dibenarkan 30 hari sahaja (15 hari sebelum dan 15 hari selepas musim perayaan) tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri.

“Penjualan di luar kawasan bangunan pasar raya (wholeseller dan hypermarket) atau pusat membeli belah adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat menyimpan yang selamat dan diperakui oleh Bahagian Persenjataan PDRM.

“Mereka juga disyaratkan mempunyai lesen perniagaan sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), permit PDRM dan rakyat tempatan,” katanya.

Beliau juga berkata, bagi peniaga kecil dan bazar juga dibenarkan untuk menjual bunga api jenis berkenaan dengan syarat mempunyai tempat penyimpanan selamat dan diperakui oleh Bahagian Persenjataan PDRM.

Selain itu, mereka juga perlu mempunyai kebenaran seperti permit, lesen, kupon atau surat rasmi berniaga daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan PDRM.

Bagi perniagaan runcit seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, Mr DIY dan lain-lain yang seumpamanya, hanya dibenarkan menjual satu jenis bunga api iaitu ‘Pop-pop’ dan perlu ada permit PDRM.

“Semua pihak yang menjalankan perniagaan ini diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh PDRM dan pihak berkuasa untuk mengekang pandemik COVID-19 termasuk individu yang ingin bermain bunga api,” katanya.

Beliau berkata, selain Pop-pop, 35 jenis bunga api jenis Happy Boom yang dibenarkan dijual ialah Happy Boom: Glow of Sunset, Sunset Bar, Glories, Flower Silver Cracking Rain, Birthday Candle, Dush 20 (Roman Candle), Dush 30 (Roman Candle), 10 Shoots (Roman Candle), 8 Shoots Roman Candle (New) dan Happy Boom Sun Sparkles.

Happy Boom: Colour Sun Sparkle (18 inci besi warna), Fountain, Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain), 15 inci Ice Cream (Fountain), 13 inci Conic (Fountain), Mini Ice Cream (Fountain), Peacock Fountain, Happines Fountain, Ground Boom Flower dan Happy Boom Camelia Flower.

Selain itu, Happy Boom: Firework, Pili Cracker, Pili Cracker 3 Minutes, Moon (Rockets), Thunder Clap (Rockets), Top Gun (UFO), Top Gun, Sky Dragon (New), Happy Boom 14 inci besi, Bee, Mancis, Cili Padi, Party Pooper, Banana Kecil dan Happy Boom Banana Rain.

Dalam pada itu, katanya, terdapat sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum yang tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar raya.

Ia terdiri daripada Happy Boom Red Cracker (8 inci), Red Cracker (Cake), Celebration Red fire Cracker, Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 shot), Assorted Celebration Cake Repeat (1.5 inci 138 shot), Shoot Cake (1 inci 16 shot), Shoot Cake (1 inci 25 shot), Shoot Cake (1 inci 36 shot) dan Happy Boom Tikus 50 (50 Misile).

Sementara itu, Mat Kasim berkata, terdapat tiga larangan untuk aktiviti penjualan semua jenis bunga api itu iaitu menjual kepada pembeli berumur bawah 18 tahun, urus niaga melalui dalam talian (online) atau sebarang aplikasi media sosial dan penjualan oleh pengusaha restoran atau kedai makan.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!