Tue. Oct 4th, 2022
Berang kereta dibaiki masih rosak, lelaki bertindak bakar mekanik

Kejadian menyebabkan mangsa berusia 37 tahun itu melecur dengan kesan terbakar 46 peratus pada bahagian kepala hingga ke pinggang. - Foto ihsan PDRM

Berang kereta dibaiki masih tidak elok, lelaki bertindak bakar mekanik

PASIR SALAK: Seorang mekanik parah selepas dikatakan dibakar seorang individu yang berang kerana kereta adiknya yang dibaiki mangsa masih rosak, dalam kejadian di Kampung Tersusun Balun Bidai, Kampung Gajah di sini pada Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan mangsa berusia 37 tahun itu melecur dengan kesan terbakar 46 peratus pada bahagian kepala hingga ke pinggang dan kaki sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas suspek, seorang lelaki berusia 50 tahun, tidak puas hati apabila kereta yang dibaiki itu masih rosak.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara mereka berdua menyebabkan suspek meminta rakannya berusia 39 tahun membeli minyak petrol di kedai berhampiran.

“Suspek kemudiannya menyimbah bahan bakar itu di kepala mangsa sebelum menyalakan api menggunakan penyembur aerosol dan pemetik api kira-kira 10 meter dari mangsa.

“Nyalaan api tersebut telah menyambar mangsa yang berada di halaman rumah dan menyebabkan dia terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Barudin berkata, dua beradik itu yang panik bertindak memadamkan api dengan menggunakan air paip.

Ujarnya, selepas api dipadamkan, adik suspek yang berusia 42 tahun telah menghubungi seorang lagi rakan mereka untuk menghantar mangsa ke Hospital Changkat Melintang, Bota dengan upah RM100.

Menurutnya, pakaian mangsa yang terbakar telah ditukar sebelum dihantar menaiki kereta Proton Satria Neo dan ditinggalkan sendirian di tempat letak kereta di hadapan wad kecemasan hospital berkenaan.

Menurut Barudin, berdasarkan maklumat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya menahan keempat-empat suspek dalam serbuan berasingan di Kampung Gajah pada Khamis.

“Pemeriksaan perubatan mendapati seorang daripada mereka mempunyai kesan terbakar pada tangan kanan dan sampel patologi diambil untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujian air kencing turut mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

http://bit.ly/nakkecamapaharini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tunggu Penuh Sabar! Budak Tak Mampu Beli KFC, Teruja Kali Pertama Ke Restoran

error: Haipp!!!