Mon. Dec 5th, 2022
Inilah Hukuman Yang Bakal Diterima Pembaca Berita Jika Terbukti Beliau Bersalah

Inilah Hukuman Yang Bakal Diterima Pembaca Berita Jika Terbukti Beliau Bersalah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan tujuan dan niat hendak membangkitkan pecah keamanan sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, mengatakan tindakan pembaca berita itu telah menimbulkan fitnah dan kebencian orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa terutama pasukan PDRM.

Ini kerana tindakan yang diambil PDRM itu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan menangani pandemik C0V1D-19,” katanya kepada BH di Bukit Aman, semalam.

Acryl Sani mengulas insiden seorang pembaca berita yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika membaca laporan berita. Sehingga kini kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Laporan tersebut berkaitan dengan kejadian seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (S0P) ditetapkan.

Selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan, siasatan turut dijalankan mengikut Seksy.en 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Acryl berharap segelintir pihak di negara ini untuk tidak menimbulkan isu fitnah dan kebencian terhadap pihak berkuasa khususnya melalui media sosial.

Tindakan sedemikian sebenarnya akan menyebabkan keharmonian antara agensi penguat kuasa terutama pasukan polis dan masyarakat terhakis. Katanya, masyarakat diminta untuk menghayati kembali prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang dipelajari sejak dari bangku persekolahan.

“Kita berharap supaya masyarakat di luar sana untuk tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak berasas di media sosial sehingga boleh menghakis keharmonian antara masyarakat dan agensi penguat kuasa.”

“Saranan saya, sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan apa juga tindakan yang diambil oleh agensi penguat kuasa, sila majukan sebarang permasalahan yang dihadapi menggunakan saluran yang betul,” katanya.

Polis dan masyarakat adalah saling memerlukan antara satu sama lain dan budaya menularkan perkara-perkara yang tidak berasas berhubung ketidakpuashatian terhadap agensi penguatkuasa semakin hari semakin membimbangkan.

“Saya perhatikan perkara ini seolah-olah menjadi satu ‘trend’ dan sekiranya tidak diatasi maka kita bimbang ia akan menghakis kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.

“Justeru saya minta kepada semua pihak untuk menggunakan saluran yang betul dan tidak cuba menyebarkan sesuatu perkara tidak berasas atau yang belum diketahui lagi asas kebenaran dan kesahihan maklumatnya,” katanya..

Terdahulu,

Netizen Puji Pembaca Berita Astro Awani Lantang Bersuara “Sound” Pegawai Yang Kompaun Peniaga Burger RM50Ribu

Seorang peniaga burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.

Dengan hanya berniaga di hadapan rumahnya Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi pihak polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggannya kira-kira jam 11 malam.

Ketika ini, negeri Cik Siti Wan Kembang itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000

Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula – Polis

Polis meneliti semula kompaun bernilai RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.

“Selain peniaga burger yang kisahnya ditularkan itu, dua lagi pemilik premis kedai makan turut dikompaun sebanyak RM50,000 pada hari yang sama.”

“Polis telah menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih terdapat premis perniagaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, susulan daripada aduan orang awam, Polis Kelantan turut mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa pada hari sama.

PEMBACA BERITA DIPUJI KERANA BERCAKAP LANTANG

Seorang pengguna Twitter, @Zulhelmikhari memuat naik video sedutan paparan berita di laman Twitter memperlihatkan penyampai berusia 32 tahun itu sedang membaca berita dengan menyelit skrip “tiada otak”.

“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut.”

“Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga,”

Ciapan video tersebut diulang kicau hampir 30,000 kali dan mendapat 40,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang berkongsi reaksi kagum terhadap personaliti berasal dari Ipoh, Perak itu.

VIDEO:

Rata-rata memuji cara penyampaian Luqman yang berani tanpa perlu ‘berlapik’ ayat-ayat tertentu selain menyifatkan memerlukan lebih ramai lagi penyampai sebegini yang berpihak kepada suara majoriti.

Terdahulu, Wan Mohd. Faisal yang berdepan kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan di Kota Bharu diminta mengemukakan rayuan agar boleh diberikan pengurangan atau pengecualian kompaun.

Sumber: Twitter

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Berang kereta dibaiki masih rosak, lelaki bertindak bakar mekanik

error: Haipp!!!