Tue. Oct 4th, 2022
Setengah jam jer lagi nak berbuka, gadis "kecewa" puasa dah terbatal

Setengah jam jer lagi nak berbuka, gadis “kecewa” puasa dah terbatal

Seharian menahan lapar dan dahaga, tiba-tiba didatangi haid menjelang waktu berbuka. Perkara tersebut pasti mengecewakan bagi kaum wanita, dimana ibadah puasa menjadi batal serta-merta.

Situasi seperti itu dihadapi seorang gadis yang dikenali sebagai Citra Eira apabila menyedari puasanya terbatal ketika mahu mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar.

Kesedihan gadis berasal dari Sabah itu dirakam oleh rakannya sebelum dikongsi di platform TikTok sehingga mengundang perhatian ramai.

@eira_4142Ada kawan pun dia gelakkan je aku.. 💔

♬ original sound – Irah

“Singgah untuk solat. Dah selesai masuk tandas terus laju masuk kereta, dengan tudung dah terbalik. Stress.

“Perempuan faham la perasaan macam ni bila dah dekat nak berbuka, tiba-tiba…,” tulisnya dalam video berdurasi 28 saat berkenaan.

Difahamkan, hanya tinggal setengah jam sahaja lagi untuk Eira berbuka puasa, namun dia terpaksa reda dan perlu menggantikan puasanya pada masa akan datang.

Rakaman video tersebut meraih 254,600 tontonan selain ratusan komen warganet terutama kaum hawa yang turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika berhadapan situasi sama.

Bersyukur la Allah bagi cuti

Aku punya cerita lagi la…

Takpe, dapat juga pahala

Memang sedih…

Jangan risau, Tuhan Maha Adil

Sumber: TikTok @eira_4142

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

“Kami Bukan Orang Senang” – Pelajar Sebak Kena Kompaun dengan KKM, Caprice Tampil Mahu Hulur Bantuan

error: Haipp!!!