Tue. Oct 4th, 2022
"7 Tahun Tanpa Ummi" - Tular Foto Anak Avtisme Peluk & Cium Batu Nisan Arwah Ibunya Undang Sebak Wargamaya

“7 Tahun Tanpa Ummi” – Tular Foto Anak Autisme Peluk & Cium Batu Nisan Arwah Ibunya Undang Sebak Wargamaya

Di Facebook, viral beberapa foto mengenai seorang kanak-kanak lelaki sedang memeluk pusara ibunya. Menerusi Facebook Fatin Hanani, wanita tersebut memberitahu bahawa kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya dan merupakan anak autisme.

Asyik peluk dan cium batu nisan

Tersedar je tido terus cakap abang nak mandi. Selesai mandi dah siap pakai baju terus ajak pi kubur ummi. Hari ini dipusara ummi, abang tak banyak cakap.

Asyik peluk dan cium batu nisan. Hanya Allah sahaja maha mengetahui apa yang tersimpan dihati abang. 7 tahun abang tanpa ummi. Ingatan abang kepada umminya sangat kuat, hanya sempat 4 tahun sahaja melukis kenangan bersama umminya.

Menurut Fatin, anak saudaranya itu dikenali sebagai Muhammad Afiq Akhtar Mohamad Nasuha. Kanak-kanak itu merupakan anak autisme dan berusia 11 tahun.

Bercerita mengenai foto yang viral, Fatin memberitahu bahawa foto tersebut diambil semasa anak saudaranya itu mengajaknya pergi ke kubur. Tambahnya, tahun ini merupakan tahun ketujuh Afiq hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.

Sayu hati saya

Menerusi laporan Harian Metro, Fatin berkongsi kisah mengenai arwah kakaknya. Fatin memberitahu ibu kepada dua anak itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika hendak pergi kerja. Tambahnya, kemalangan jalan raya itu membabitkan kereta dan lori tangki minyak.

Kakak saya meninggal pada Ramadan tahun 2013 ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Kemalangan jalan raya itu membabitkan kereta dan lori tangki minyak. Masa itu Afiq baru sahaja berumur empat tahun manakala adiknya pula dua tahun. Sekarang sudah tujuh tahun berlalu.

Ada sekali dia bertanya kenapa ummi meninggal atau mana umminya pergi. Pertanyaan dia selalu buat kami sekeluarga sayu terutamanya ibu dan bapa saya. Umminya pernah berpesan kalau ada bulan Afiq perlu tidur.

Sampai sekarang dia masih ingat pesanan itu. Afiq juga sangat trauma dengan kemalangan. Kalau tengok kemalangan masa awal-awal ummi dia meninggal, tubuh dia pasti menggigil.

Selepas kakaknya meninggal dunia, Afiq, adik dan ayahnya menetap bersama keluarga Fatin di Tumpat, Kelantan. Mengulas mengenai kehidupan dua anak saudaranya, Fatin memberitahu Afiq jenis yang suka bertanya jika dia rindukan ibunya manakala, adiknya sejenis pendam perasaan.

Sumber: Oh Bulan via majalah-harian.com

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tidak Mempunyai Rumah, Seorang Nenek Tinggal Di Halaman Luar Masjid Ini Sangat Menyedihkan Dan Buat Warganet Sebak

error: Haipp!!!