Wed. Oct 5th, 2022
Muat Naik Status Seronok Kumpul Pahala Percuma, Peminat Luah Perasaan Kecewa Terhadap Siti Nurhaliza – "Terus Rasa Nak Unfollow Je"

Muat Naik Status Seronok Kumpul Pahala Percuma, Peminat Luah Perasaan Kecewa Terhadap Siti Nurhaliza – “Terus Rasa Nak Unfollow Je”

Aduhai, nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza masih lagi hangat diperkatakan. Ini gara-gara tindakannya memuatnaik status di InstaStory tentang pahala percuma yang dikumpul dipercayai kerana menjadi bahan kecaman netizen baru-baru ini.

Dalam keadaan rata-rata rakyat tidak dapat merentas negeri dan berhari Raya di kampung halaman, mungkin netizen lebih emosi dan sensitif, jadi apa saja tindakan artis dan selebriti sentiasa menjadi perhatian.

Bagaimanapun, tindakan penyanyi berusia 42 tahun itu dilihat kurang tepat memandangkan isu berkaitan majlis tahnik anak keduanya itu masih belum reda.

Siti menerusi status tersebut meluahkan dia sepatutnya berasa gembira mengumpul pahala yang banyak pada sepuluh malam terakhir (Ramadan).

Difahamkan, status itu dimuat naik Siti merujuk kepada situasi yang sedang hangat diperkatakan netizen terhadap keluarganya kini.

“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni.”

“Kata Ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. Dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah,” tulisnya.

Posting yang dimuatnaik itu nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati ramai malah di Twitter pula kini ‘perang’ antara pengguna media sosial itu semakin panas.

Terasa Nak Unfollow Jer ..

Ada pengguna yang mula ‘hilang’ minat mahu menyokong penyanyi itu tidak kurang juga ramai yang mempertikaikan tindakannya mengeluarkan status berkenaan selepas membuat kenyataan maaf tempoh hari.

Malah, ada juga yang menyamakan Siti seperti Neelofa. Pulak, sampai macam tu sekali ya sesetengah netizen mengecam Siti.

Bagaimanapun, ramai yang turut memberi sokongan kepada Siti dan memintanya agar tabah menerima dugaan dan ujian.

Sebelum ini, kecoh apabila majlis tahnik diadakan Siti didakwa melanggar SOP berikutan kehadiran pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang didakwa merentas negeri.

Susulan itu, Siti dalam kenyataannya menjelaskan tidak berlaku pelanggaran SOP seperti didakwa banyak pihak. Dalam kenyataan sama, Siti memohon maaf dan sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Semalam, polis sudah mengambil keterangan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selaku penganjur majlis berkenaan bagi membantu siasatan.

Harapnya isu ini segera berakhir dan menemui jalan penyelesaian, iyalah kita pun dah berada di ‘pecutan’ terakhir Ramadan dan sepatutnya lebih banyak perkara baik dilakukan untuk mengejar pahala.

Chill saja ok, tak nak gaduh-gaduh!

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

“7 Tahun Tanpa Ummi” – Tular Foto Anak Autisme Peluk & Cium Batu Nisan Arwah Ibunya Undang Sebak Wargamaya

error: Haipp!!!