Tue. Oct 4th, 2022
Netizen Sebak Lihat Video Ibu Tunggal Berebut Anak Dengan Bekas Suami

Netizen Sebak Lihat Video Ibu Tunggal Berebut Anak Dengan Bekas Suami

Perceraian antara suami isteri kadangkala membawa kepada perebutan hak penjagaan anak dan mengakibatkan pertengkaran atau perbalahan antara dua pihak.

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.

Berebut anak dengan bekas suami

Begitulah yang ditunjukkan di dalam video yang viral di TikTok ini apabila seorang wanita kelihatan berebut anak dengan bekas suaminya di dalam kereta.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita yang bernama @chetah_95 itu, ia memaparkan situasi dimana dia mendukung anaknya ke dalam kereta sambil menangis.

Manakala bekas suami wanita berkenaan seolah-olah tidak mahu memberikan anaknya kepada ibu sendiri.

“Siapa cakap aku janda aku bahagia. Nak jumpa anak-anak susah, bekas suami tak bagi kerjasama. Anak-anak sampai tak kenal aku mama depa, hampa ingat aku janda bahagia ka?” ujarnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Ternyata video itu mengundang sebak netizen yang berasa sedih menyaksikan ibu kandung sendiri tidak dapat meluangkan masa dengan anaknya.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah mencuri perhatian ramai itu meraih sehingga 2.8M views, 243.8K likes dan 5.5K shares di TikTok. Walau bagaimanapun, kami mendapati video tersebut telahpun dibuang atas beberapa alasan. Penjelasan adalah seperti di bawah:

@chetah_95kami mintak maaf nah hampa,kami terpaksa padam vidio tu..sbb ibu adik berbaju merah tu mintak padam..kalau sy x padam fmly dia nak saman malu dekat sy

♬ bunyi asal – @Chetah_Shita

Menjengah ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan simpati atas nasib wanita itu.

Netizen beri kata semangat

Bahkan, ramai juga yang mendoakan dan memberi kata -kata semangat buat wanita tersebut supaya dia kuat menghadapi dugaan hidup.

Terdapat juga segelintir pihak menyarankan wanita itu untuk pergi ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan ke atas anaknya. Apa-apa pun semoga wanita ini diberi ketabahan dan dipermudahkan urusannya.

SOURCE: TIKTOK

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tunggu Penuh Sabar! Budak Tak Mampu Beli KFC, Teruja Kali Pertama Ke Restoran

error: Haipp!!!