Fri. Nov 25th, 2022
Niat Mahu Balik Ke Kampung Selepas Diberhentikan Kerja Tidak Kesampaian Apabila Wanita Ini Suruh Berpatah Balik Oleh Polis

Niat Mahu Balik Ke Kampung Selepas Diberhentikan Kerja Tidak Kesampaian Apabila Wanita Ini Suruh Berpatah Balik Oleh Polis

Berikutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, kerajaan Indonesia mengadakan sekatan jalan raya di beberapa daerah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Oleh yang demikian, individu yang ingin merentas daerah harus mengemukakan surat ‘bebas Covid-19’ terlebih dahulu kepada pihak polis sebelum boleh melepasi sekatan jalan raya.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini, tular kisah seorang penunggang motosikal wanita yang menangis saat ditahan polis apabila tidak dibenarkan merentas daerah kerana tidak memiliki surat bebas COVID-19.

Difahamkan lagi, wanita itu menunggang motosikal sendirian dari Jakarta untuk pulang ke kampung halaman di daerah Lampung. Namun perjalanannya terhenti saat ditahan polis di sekatan jalanraya wilayah Banten.

Bagaimanapun, dia gagal menunjukkan surat bukti bebas Covid-19 dan pihak polis menyuruhnya untuk berpatah balik.

Tidak dapat menahan kesedihan, wanita itu dilihat mengesat air mata yang berjujuran jatuh sambil memohon agar pihak polis membenarkan dirinya merentas negeri.

Menurutnya, dia sudah tidak mempunyai pekerjaan di Jakarta kerana sudah diberhentikan kerja oleh majikan.

Situasi tersebut menyebabkan dirinya tidak boleh menampung kos hidup di bandar Jakarta apatah lagi membayar kos untuk melakukan ujian calitan.

Justeru itu, dia terpaksa membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Lampung.

Atas dasar ihsan dan simpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu, pihak polis akhirnya membenarkan dirinya merentas daerah untuk pulang ke kampung halamannya di Lampung.

Tonton video penuh:

Sumber: YouTube CNN Indonesia, Detik Oto

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Tidak Mempunyai Rumah, Seorang Nenek Tinggal Di Halaman Luar Masjid Ini Sangat Menyedihkan Dan Buat Warganet Sebak

error: Haipp!!!