Tue. Oct 4th, 2022
Hanya Kerana Pengantin Lelaki Gagal Menghafal Sifir Dua, Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan

Hanya Kerana Pengantin Lelaki Gagal Menghafal Sifir Dua, Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan

TIDAK ramai terfikir mereka perlu mengambil ujian matematik pada hari perkahwinan mereka.
Namun seorang bakal pengantin lelaki dipaksa lakukan demikian sebaik tiba di rumah pengantin perempuan.

Selepas pengantin lelaki gagal menghafal sifir dua, pengantin perempuan di Mahoba, India itu membatalkan majlis perkahwinannya sendiri baru-baru ini, lapor Tribune India.

Memetik laporan itu, pengantin lelaki berkenaan telah tiba di dewan perkahwinan bersama “baraat” atau rombongan pihak lelaki.

Namun, pengantin perempuan yang ragu-ragu dengan kelayakan akademik bakal suami, meminta pengantin lelaki menyebut sifir dua sebelum kalungan bunga dapat ditukarkan.

Pertukaran kalungan bunga adalah tanda bermulanya upacara perkahwinan.
Sebelum ini, pengantin perempuan mengesyaki keluarga pihak lelaki telah menipu berkenaan tahap pendidikan pengantin lelaki.

Selepas pengantin lelaki gagal dalam ujiannya, pengantin perempuan terus bangun dan meninggalkan dewan perkahwinan tersebut, lapor Times Now News.

Media tempatan melaporkan ahli keluarga pengantin perempuan cuba memujuknya tidak berbuat demikian namun dia bertegas dia tidak akan mengahwini lelaki yang tidak tahu asas matematik.
“Keluarga pengantin lelaki tidak memberitahu kami dengan tepat tentang tahap pendidikannya.

Mungkin juga dia tidak pernah ke sekolah,” kata sepupu pengantin perempuan kepada Tribune India.

Perkahwinan tersebut telah diatur oleh kedua-dua keluarga dan bukan atas permintaan pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki.

Selepas insiden berkenaan, kedua-dua keluarga mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk memulangkan segala hadiah perkahwinan.

Antara Komen-komen Netizen

“Lain Kali Tengok A.L.O.N.G”

“Tengok jer Youtube Upin Ipin”

“Macam mana nk kira gaji nanti”

“Mungkin nak tipu tahap pendidikan”

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

[VIDEO] Warga Emas cekal membesarkan 12 anak dengan kuih 10 sen, isteri pula sudah tiada.

error: Haipp!!!