Tue. Oct 4th, 2022
Pihak Polis Akan Memeriksa Kadar Tol Bagi Mengesan Individu Yang Merentas Negeri

Pihak Polis Akan Memeriksa Kadar Tol Bagi Mengesan Individu Yang Merentas Negeri

IPOH: Polis Perak akan menempatkan penguat kuasa di setiap kaunter tiket plaza tol untuk memeriksa baki tambah nilai bagi memastikan tiada individu merentas negeri pulang ke kampung ketika perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata ia antara strategi yang akan digunakan bagi menyemak kadar bayaran tol terhadap individu yang cuba mengambil kesempatan merentas negeri.

“Kita akan menyemak kadar bayaran tol, kadang-kadang bagi mengelak dikesan mereka akan masuk tol ini dan keluar tol yang ini.

“Jika kita tengok kadar bayaran tol, contohnya dari Jalan Duta jika tiada surat kebenaran merentas negeri, kita akan mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan mereka berpatah balik,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak Bagi Bulan Mei 2021 di Dewan Serbaguna, Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya tidak dapat membuat tindakan lebih ketat di jalan raya ketika perayaan kerana ia akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Justeru, beliau menasihati setiap individu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya COVID-19 tidak kembali menular tinggi.

“Masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat di kekang sepenuhnya, kerana polis tidak mampu memeriksa setiap orang yang bergerak atas jalan raya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, polis Perak akan berusaha meningkatkan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan kerajaan supaya pergerakan keluar masuk ke daerah dapat dikekang terutama musim cuti sekolah dan perayaan bakal menjelang.

“Kita akan meningkatkan penguatkuasaan sekatan jalan raya di daerah untuk mengekang masyarakat luar masuk ke negeri ini terutama pada hari raya ini,” katanya.

Sumber: bharian

Sementara Itu..

Polis Perak ‘jaga’ plaza tol, jangan ingat boleh rentas negeri – Mior Faridalathrash

IPOH: Mana-mana pengguna lebuh raya yang didapati mempunyai kadar bayaran tol tidak munasabah dan tinggi akan dikenakan kompaun selain diarah berpatah balik ekoran kesalahan rentas negeri, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata ini antara strategi digunakan pihaknya dalam membanteras pergerakan rentas negeri khasnya sewaktu musim perayaan selain usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 ke negeri ini.

“Akan ada pemeriksaan (oleh beberapa anggota di plaza tol), tetapi tidak kepada semua kenderaan.

“Kalau kita buat terlalu ketat seperti pemeriksaan semua kenderaan, akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kita mungkin tengok pada kadar bayaran tol.

“Contohnya bila bacaan tol itu tinggi seperti dari Jalan Duta, kita akan hentikan kenderaan tersebut untuk tindakan kompaun dan arah pengguna berpatah balik kecuali mereka yang ada surat pelepasan.

“Ini satu daripada strategi.

“Kadang-kadang ada yang pandai keluar tol itu ini untuk elak dikesan rentas negeri. Mereka ada pelbagai taktik.

“Kita tidak mampu periksa semua pengguna jalan raya. Berilah kerjasama kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara hari ini.

Sumber: astroawani

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Muat Naik Status Seronok Kumpul Pahala Percuma, Peminat Luah Perasaan Kecewa Terhadap Siti Nurhaliza – “Terus Rasa Nak Unfollow Je”

error: Haipp!!!