Wed. Oct 5th, 2022
Selepas belasah isteri hamil hingga koma, suami cabut lari tinggalkan isteri nyawa2 ikan di ICU

Selepas ʙᴇʟᴀꜱᴀʜ isteri ʜᴀᴍɪʟ hingga ᴋᴏᴍᴀ, suami cabut lari tinggalkan isteri nyawa2 ikan di ICU

Lumrah hidup berumah tangga, pasti akan ada saat di mana suami isteri tidak sehaluan dan bergaduh akibat kurang persefahaman.

Bagaimanapun, situasi itu bukanlah satu ‘tiket’ untuk mengasari pasangan masing-masing. Malangnya, kisah seorang wanita ini menimbulkan kesedihan dalam kalangan netizen apabila dia diʙᴇʟᴀꜱᴀʜ oleh suaminya sendiri ketika ʜᴀᴍɪʟ.

Kakak ᴍᴀꜱᴜᴋ ICU, tulang retak & muka lebam

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fazariah Nordin memuat naik ‘posting’ mendakwa kakaknya bernama Jahidah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas teruk diᴘᴜᴋᴜʟ oleh suaminya sendiri.

Menurut doktor yang merawat kakaknya, wanita itu mengalami keᴄᴇᴅᴇʀᴀan teruk antaranya keretakan tulang belakang, rahang serta bahagian muka.

Selain itu, terdapat juga kesan lebam di bahagian muka, mata serta di bahagian anggota badan lain.

Otak berᴅᴀʀᴀʜ, jalani pembedahan selama 12 jam

Pasukan perubatan memaklumkan kakaknya mengalami penᴅᴀʀᴀʜan otak yang teruk di mana seluruh otaknya dipenuhi ᴅᴀʀᴀʜ. Sehinggakan doktor terpaksa melakukan pembedahan otak selama 12 jam dan kini kakaknya itu sedang ᴋᴏᴍᴀ.

ʜᴀᴍɪʟ anak sulung

Padahal, kakaknya baru sahaja teruja memuat naik ‘posting’ mengumumkan keʜᴀᴍɪʟan cahaya mata sulung seminggu yang lalu.

Bercerita tentang keperibadian kakaknya, Fazariah meluahkan bahawa wanita itu tidak pernah melenting malah, dia merupakan seorang yang lemah lembut.

Jadi, apabila diperlakukan sebegitu rupa, Fazariah seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku dan berharap kakaknya mendapat pembelaan kelak.

Suami cabut lari, tinggalkan di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ

Bukan itu sahaja, Fazariah turut berasa kesal dengan tindakan abang iparnya yang tergamak meninggalkan isterinya berseorangan di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ sebelum hilang ghaib melarikan diri.

Teruknya ʙᴇʟᴀꜱᴀʜ, pengaruh ᴅᴀᴅᴀʜ atau ᴍᴀʙᴜᴋ ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi sedih terhadap nasib yang menimpa wanita tersebut dan mendoakannya agar cepat sembuh.

Sedihnya, semoga diberi kekuatan!

Seorang yang lembut tak pernah tinggi suara

Semoga diberi keajaiban

Wanita ʜᴀᴍɪʟ perlu perhatian.. Lelaki camtu tak layak jadi suami atau bapa

Setakat ini, pihak keluarganya telah membuat laporan polis bagi mengesan keberadaan suspek itu.

Sumber: Facebook Fazariah Nordin

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Hanya Kerana Pengantin Lelaki Gagal Menghafal Sifir Dua, Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan

error: Haipp!!!