Tue. Oct 4th, 2022
Marah "laluan tikus" ditutup, penduduk bakar penghadang jalan, kawat duri

Pihak polis bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang. - Astro AWANI

Marah “laluan tikus” ditutup, penduduk bakar penghadang jalan, kawat duri

BESUT: Akibat terlalu berang laluan tikus ditutup, segelintir penduduk bertindak liar dengan membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis.

Perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, masyarakat seharusnya memahami pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bagaimanapun ada masyarakat yang tidak mengambil endah dengan arahan yang telah dikuatkuasakan.

Katanya ianya terbukti dengan sikap tidak bertanggunjawab dengan merosakan penghadang dan kawat duri yang telah dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan.

Penghadang jalan dan kawat duri yang dibakar oleh beberapa penduduk. – Astro AWANI

Tindakan itu, jelasnya, seperti memberontak kerana “laluan tikus” yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya di sempadan antara kedua negeri itu.

Susulan itu Roslee berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.

Katanya pihaknya juga sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dgn kejadian merosakan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

sumber: astroawani

SEMENTARA ITU PADA BERITA LAIN

3 lelaki dikompaun alih penghadang untuk rentas daerah

Tiga lelaki ini dikompaun RM5,000 setiap seorang selepas bertindak mengalihkan penghadang jalan di susur masuk ke Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong bagi tujuan merentas daerah. -Sinar Harian

PASIR MAS: Tiga penunggang motosikal dan pemandu kereta dikompaun RM5,000 setiap seorang selepas bertindak mengalihkan penghadang jalan jenis water barrier di susur masuk ke Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong bagi tujuan merentas daerah untuk ke Kota Bharu pada awal pagi Ahad.

Mereka ditahan anggota polis yang melakukan intipan di lokasi berkenaan dalam usaha mengekang aktiviti rentas daerah secara tidak sah sekitar jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika ditahan kesemua individu terbabit gagal mengemukakan surat permohonan rentas daerah yang sah.

“Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Pasir Mas telah melihat pengguna jalan raya cuba mengalihkan penghalang untuk menuju ke Kota Bharu.

“Tindakan berani itu mengundang padah apabila mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas sebelum dikenakan kompaun sebanyak RM5,000,” katanya.

Mohd Nasaruddin menasihatkan orang ramai patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) kerana polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika tiada keperluan untuk keluar duduk di rumah dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” katanya.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!