Tue. Oct 4th, 2022
Wanita hamil yang dibelasah suami masih koma, ramai-rami pakat buat solat hajat

Wanita hamil yang dibelasah suami masih koma, ramai-rami pakat buat solat hajat

Seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa dibelasah suami sendiri masih dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menerusi pendedahan Fazariah Nordin pada 6 Mei lalu, kakaknya Jahidah Nordin mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang, rahang dan muka selain terdapat kesan lebam pada mata dan tangan.

Berikutan kisah yang mengundang perhatian warganet itu, terdapat ramai pihak yang sudi melakukan solat hajat dan bacaan Yasin sekali gus menitipkan doa agar mangsa yang juga sedang hamil kembali sembuh.

Terima kasih atas doa yang tak putus2

Bacaan Yasin serentak di tempat masing2

Cepat sembuh Nong…

Doa daripada anak2 tahfiz

Selain itu, Fazariah turut berkongsi beberapa posting lain di laman Facebook meluahkan rasa terkilan dengan sikap abang iparnya yang seolah-olah tiada hati dan perasaan apabila tergamak bertindak sedemikian terhadap si isteri.

Bini bertarung nyawa, kau boleh gelak ketawa?

Baju2 baru dibeli untuk “baby”…

Terdahulu, Fazariah mendakwa lelaki berkenaan meninggalkan kakaknya dengan ‘nyawa-nyawa ikan’ selain telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Facebook Fazariah Nordin

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Selepas belasah isteri hamil hingga koma, suami cabut lari tinggalkan isteri nyawa2 ikan di ICU

error: Haipp!!!