Wed. Oct 5th, 2022
Kerana ingin membeli "top up", remaja sanggup mencuri dan membakar rumah jiran

Remaja berkenaan dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes kecurian di rumah sama. - Foto Twitter/@bukanaltertitik

Kerana ingin membeli “top up”, remaja sanggup mencuri dan membakar rumah jiran

GARA-GARA ingin membeli kad prabayar internet untuk permainan komputer dalam talian, seorang remaja sanggup mencuri wang serta membakar rumah jirannya dalam satu kejadian di Jawa Timur, Indonesia.

Menurut laporan portal berita Tribunnews, suspek berusia 15 tahun itu berjaya diberkas penduduk setempat semasa cuba melarikan dalam kejadian pada jam 6 petang Sabtu di Desa Jambangan, Kabupaten Candi, Kabupaten Sidoarjo.

Suspek dipercayai telah memasuki rumah terbabit melalui tingkap sebelum membakar kasut di rumah berkenaan selepas gagal mencuri wang.

Remaja berkenaan kemudian cuba melarikan diri daripada rumah terbabit namun berjaya ditangkap oleh penduduk setempat sebelum diserahkan kepada polis Sidoarjo, Jawa Timur.

Api terus marak sehingga menyebabkan keseluruhan rumah berkenaan hangus dijilat api.
Mangsa tidak berada di rumah ketika kejadian.

Menurut polis, remaja berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes kecurian di rumah sama melibatkan wang sebanyak 1 juta rupiah (RM300).

Suspek juga merupakan jiran kepada mangsa dan dipercayai lakukan perbuatan itu kerana tidak mempunyai wang untuk membeli kad prabayar internet bagi meneruskan permainan dalam talian.
Selain itu, suspek juga dikaitkan dengan kes mencuri wang tabung derma.

Bapa suspek dikatakan telah memohon maaf di atas kejadian tersebut dan sanggup membayar ganti rugi kepada mangsa.

sumber: astroawani

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sayu! Setahun jadi “anak” pasangan tiada zuriat, Titam “pergi” ketika tuannya bakal menimang cahaya mata pertama – “Rumah kami sunyi …”

error: Haipp!!!