Wed. Oct 5th, 2022
[Video] Hampir 3 Jam Tersekat Di Tol Sungai Besi, Berlaku Sedikit "Ketegangan" Antara Pengguna Jalan Dengan Polis

[Video] Hampir 3 Jam Tersekat Di Tol Sungai Besi, Berlaku Sedikit “Ketegangan” Antara Pengguna Jalan Dengan Polis

Siang tadi tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur dilapor sesak berikutan sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di sana. Difahamkan banyak kenderaan yang terpaksa beratur panjang untuk melepasi sekatan berkenaan.

Bagaimanapun kesesakan tadi ditambah dengan riuh apabila berlaku sedikit ketegangan antara anggota polis yang bertugas dengan segelintir orang awam dan pemandu yang terlibat.

Memetik laporan BERNAMA, difahamkan mereka mulai resah apabila sudah ‘tersekat’ hampir tiga jam lamanya. Tidak kurang juga ada kenderaan yang dilapor kehabisan petrol serta kepanasan enjin akibat kesesakan tersebut.

Menurut BERNAMA, kesesakan tersebut didakwa berlaku rentetan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia di seluruh negara tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa hari ini sehingga 6 Jun depan.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikuat kuasakan bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Berikut di bawah adalah rakaman fotoBERNAMA sewaktu membuat tinjauan di plaza tol berkenaan hari ini.

Sumber: BERNAMA

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

CCTV Rakam Imam Masjid Ditampar Lelaki Tak Dikenali Masa Solat Subuh Berjemaah

Marah “laluan tikus” ditutup, penduduk bakar penghadang jalan, kawat duri

error: Haipp!!!