Thu. Sep 29th, 2022
Berjalan dalam hujan, ibu hulur makanan raya buat anak di sempadan cetus sebak

Berjalan dalam hujan, ibu hulur makanan raya buat anak di sempadan cetus sebak

Raya tahun ini sekali lagi rakyat Malaysia terutama umat Islam tidak dapat meraikannya bersama ahli keluarga. Tiada juga istilah ‘balik kampung’ berikutan larangan merentas daerah dan juga negeri kerana seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) semula.

Jumpa mak di sempadan

Jadi, ramai yang tidak dapat berhari raya bersama ibu bapa kerana akur dengan larangan tersebut bagi mengelakkan berlaku penularan pandemik.

Justeru itu, menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok, seorang pengguna aplikasi berkenaan yang dikenali sebagai @azyraazizy telah memuat naik satu video pertemuan dia dan ibu tersayang hanya di sempadan.

@azyraazizyyallah dapat tengok wajah ibu satu kenikmatan dunia 😭😭jauhkanlah penyakit d muka bumi ni yallah 🤲🏻🤲🏻♬ original sound – #MBO#TM mukhtar – Teuku Mukhtar

Lebih menyebakkan adalah wanita warga emas itu gigih menyediakan juadah hari raya buat anaknya dan menghantar sendiri makanan tersebut ketika hujan.

Dari raut wajah tua itu, dapat dilihat kesedihan yang disorok dibalik pelitup mulut namun masih dapat dirasai oleh setiap warganet yang menonton video berkenaan.

Mak tak ada sapa2 lagi

Diruangan komen, @azyraazizy juga memaklumkan ibunya beraya tanpa teman tahun ini memandangkan tinggal sendirian di daerah yang berbeza.

Wanita tersebut memberitahu ibunya berasa gembira walaupun hanya dapat melihat anak-anak dalam tempoh waktu yang singkat ketika menghulurkan makanan hari raya buat mereka.

Masih sempat senyum dalam hujan

Hujan, sakit tak pernah mengeluh

Sebelah tangan bawa makanan, sebelah lagi pegang payung

Seorang ibu sanggup buat apa saja untuk anak2

Sehubungan dengan itu, rata-rata yang menonton video tersebut berasa sebak melihat perkongsian yang dibuat oleh @azyraazizy.

Mereka juga mengakui bahawa pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak sangat besar dan berharap mereka terus diberi kesihatan yang baik serta menjadi penguat buat anak-anak semua.

Pengorbanan ibu tiada tandingnya

Sumber: @azyraazizy

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!