Tue. Oct 4th, 2022
"Budak seluk poket nak ambil gula2, Zionis tembak sangka bom." - Fedtri Yahya

“Budak seluk poket nak ambil gula2, Zionis tembak sangka bom.” – Fedtri Yahya

Kekejaman Rejim Zionis sejak beberapa hari lalu telah membuatkan seluruh umat Islam di dunia ini berasa marah. Serangan-serangan yang berlaku di beberapa kawasan di Timur Baitulmaqdis itu telah mengorbankan puluhan nyawa.

Selebriti dan juga aktivis kemasyarakatan Malaysia juga turut sama melaungkan sokongan terhadap para penduduk Palestin dan mengutuk keras kekejaman tentera Israel.

Dalam salah satu perkongsian personaliti televisyen, Fedtri Yahya di media sosialnya, dia telah menceritakan pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika menjejakkan kaki ke sana dan melihat sendiri kekejaman tentera haram itu.

Budak ditembak kerana gula2

Menurutnya, dia pernah melihat seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang baru pulang dari sekolah ditembak secara tiba-tiba kerana tentera Israel menyangka dia menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan bom.

Padahal kanak-kanak tersebut mahu mengambil gula-gula untuk dimakan.

@fedtriyahyaReply to @nurulainben Dugaan mereka terlalu besar berbanding kita 😞♬ Ramadan – Live & Acoustic – Maher Zain

Dapat makanan yang tak bermutu

Selain itu juga, Fedtri turut memaklumkan bahawa kemasukkan gula-gula di Palestin turut dikawal oleh pihak Israel. Hanya gula-gula gred C sahaja dibenarkan masuk ke Palestin dan yang bermutu diambil dahulu oleh Israel.

@fedtriyahyaTahukah anda? Makanan yang ada di Palestin juga dikawal. Yang bagus2 hanya untuk orang Isxxxx. Palesxxx dapat yang ‘cikai’ saja…♬ Ya Nabi Salam Alayka – Anouar Mokhtari

Takut budak2 kerana mereka yag akan bebaskan Palestin nanti

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Fedtri itu, rata-rata warganet meluahkan rasa benci dan amarah kepada Rejim Zionis yang langsung tiada sifat kemausiaan.

Mereka juga mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tersebut lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang tidak berdosa dalam serangan-serangan yang dilakukan oleh tentera haram berkenaan.

Sebak betul dengar kisah macam ni

Bacul punya Zionis!

Syurga tempat mereka

Sedih lihat situasi di sana

Untuk makluman, Fedtri Yahya telah beberapa kali menjejakkan kaki ke bumi Palestin dan masjid Al-Aqsa. Kali terakhir kesana adalah ketika pengambaran Jejak Rasul 2020.

Sumber: Fedtri Yahya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!