Fri. Dec 9th, 2022
10 Tahun Menanti & 16 Kali Lakukan Rawatan Kesuburan, Kisah Permaisuri Agong Usaha Mendapat Zuriat Jadi Sumber Inspirasi Wanita.

10 Tahun Menanti & 16 Kali Lakukan Rawatan Kesuburan, Kisah Permaisuri Agong Usaha Mendapat Zuriat Jadi Sumber Inspirasi Wanita.

Setiap orang diuji dengan cara berbeza dalam kehidupan mereka. Kisah Kecekalan Raja Permaisuri Agong iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha beliau untuk memperolehi cahaya mata sangat menjadi inspirasi buat orang ramai.

Menurut Baginda, hanya Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sahaja memahami pengorbanan yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan pewaris takhta negeri Pahang itu.

Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata..

Tunku Azizah juga menjadi satu-satunya Permaisuri di dunia yg mempunyai empat bayi IVF.

Menjalani rawatan kesuburan menuntut seseorang wanita itu kuat selain memerlukan banyak usaha dan pengorbanan wang ringgit. Rawatan mendapatkan anak juga bukanlah murah.

Tunku Azizah amat memahami apa yang dilalui dan dirasai oleh seorang ibu yang berusaha keras serta sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan zuriat.

Mengenangkan pelbagai proses rawatan kesuburan yang terpaksa dijalani termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cyt0plasmic sperm injection (ICSI), Tunku Azizah menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004.

Niat baginda adalah kerana mahu membantu semua wanita dan psangan di luar sana yang tidak dapat melahirkan anak dan berhadapan dengan masalah perubatan tertentu serta kekangan daripada segi kewangan.

Penubuhan TAFF menjadi simbol harapan bagi wanita yg mengalami masalah kesuburan. Ianya juga turut menjadi sumbangan Tunku Azizah buat rakyat selepas mengenangkan pelbagai kesukaran yang dihadapi untuk mendapatkan cahaya mata.

Meluahkan rasa rindu kepada anak-anak, Tunku Azizah memuatnaik beberapa keping gambar anak-anak baginda ketika masih kecil.

Tunku Azizah juga turut mengimbas kembali kenangan ketika baginda berusaha untuk mendapatkan anak dan akhirnya doanya dimakbulkan.

Tunku Azizah tidak menyangka akan dikurniakan anak dan sangat bersyukur dengan percaturan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa buat dirinya.

Kisah Tunku Azizah itu begitu menyentuh hati para pengikut akaun Instagram baginda. Rata-rata mereka begitu mengagumi ketabahan dan kecekalan hati baginda.

Bagi yg turut melalui masalah kesuburan mereka menjadikan kisah Tunku Azizah sebagai motivasi dan inspirasi buat mereka untuk mendapat zuriat.

Semua kesukaran yang dialami membuatkan baginda memahami perasaan wanita atau psangan lain apabila mereka tidak dapat memiliki anak.

Pengorbanan dan kesabaran tinggi baginda wajar dijadikan sumber inspirasi serta contoh buat semua wanita di negara ini. Sesungguhnya Tunku Azizah layak dilihat sebagai simbol seorang wanita cekal dan tabah.

Sumber : Instagram airtangan_tunkuazizah

Aktiviti kebajikan

Hamimah berkongsi cerita bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.

Hamimah berkata Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk “menggandakan” aktiviti kebajikan baginda kepada rakyat.

Tunku Azizah yang dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 dan mempunyai sembilan cahaya mata.

Sumber: BERNAMA

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!