Fri. Sep 30th, 2022
Lihat Cara Brunei Darussalam Mengekang Wabak Pendemik Ini Dan Hasilnya Tiada Kes COVID-19 Direkodkan Sejak Setahun Lalu.

Lihat Cara Brunei Darussalam Mengekang Wabak Pendemik Ini Dan Hasilnya Tiada Kes COVID-19 Direkodkan Sejak Setahun Lalu.

Sedar ataupun tidak, sudah lebih setahun kita hidup dalam Pendemik Covid-l9. Sehingga hari ini kita sudah memasuki golombang ketiga dan kerajaan telah pun mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa di suluruh negara bermula 12 Mei 2021 tatkala umat Islam di negara ini menyambut hari raya Aidilfitri.

Sedang kita berperang dengan situasi pendemik Covid-l9 yang semakin memburuk ini, negara jiran Brunei Darussalam meraikan setahun setelah bebas daripadanya.

Video yang pada asalnya ingin berkongsi tentang satu tradisi berbuka puasa di Brunei itu mendapat perhatian ramai, terutamanya rakyat Malaysia, apabila melihat penduduk di situ tidak memakai pelitup muka. Melihat keadaan itu, wargamaya pun bertanya di ruangan komen tentang keadaan semasa COVID-l9 di sana.

Negara Brunei Darussalam dilaporkan tidak mempunyai kes baru Covid-l9 selama setahun. Tiada kes tempatan di negara itu hingga hari 6 Mei lalu. Negara dengan populasi 450,000 penduduk itu pertama kali melaporkan kes Covid-l9 pada 9 Mac 2020. Namun, pemerintah pantas bertindak untuk membendung penularan virus berbahaya ini.

Pemerintah Brunei telah melaksanakan peraturan sempadan dan perjalanan yang ketat untuk membendung penyebaran virus. Tegahan keluar negeri telah mula dikuatkuasakan mulai pada 16 Mac 2020 yang telah dimuatkan di dalam garis panduan permohonan kebenaran keluar negeri bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bagi menghindari penularan wabak Covid-19.

Selain itu, para penuntut daripada negara itu yang melanjutkan pelajaran di luar negara dibawa pulang. Semua permohonan membawa masuk pekerja asing ditangguhkan serta warganegara asing termasuk yang transit tdak dibenarkan untuk memasuki negara itu.

Negara yang menjalankan sistem pemerintahan monarki mutlak itu juga telah menerapkan larangan untuk berkumpul ramai yang ketat, melakukan pengesanan kontak berasaskan teknologi dan kuarantin yang ketat untuk mencegah penularan kes tempatan.

Walaupun setahun bebas daripada kes tempatan, Brunei masih mengesan jangkltan Covid-19 pada pelancong asing.

Negara Brunei melaporkan satu kes baru yang import Covid-19 menjadikan jumlah nasional menjadi 229. Dengan penambahan itu, sebanyak 88 kes yang diimport telah disahkan sejak kes jangkitan tempatan terakhir pada 6 Mei 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, kes baharu itu adalah wanita berusia 20 tahun yang tiba dari Eropah melalui Singapura pada 23 April 2021.

Wanita berkenaan mengalami demam bersuhu tinggi, batuk dan hilang deria bau dan rasa sejak 30 April. Siasatan telah mendapati bahawa tidak ada kontak rapat untuk kes tersebut kerana dia dikuarantin sebaik tiba di negara itu.

Dia dirawat dan dipantau di Pusat Pengasingan Nasional bersama dengan enam kes aktif lain, semuanya dalam keadaan stabil. Sejumlah tiga kematian dan 219 pemulihan telah dilaporkan setakat ini di Brunei.

Negara pertama Asia Tenggara yang menerapkan syariat Islam itu memulakan Program Vaksinasi Nasional pada 3 April tahun ini dengan 17,776 orang telah menerima vaksin Covid-19 hingga 5 Mei 2021.

Brunei telah membenarkan penggunaan kecemasan untuk beberapa vaksin, iaitu Oxford-AstraZenca, Pfizer-BioNTech, Sinopharm.

“Pada masa ini, vaksin Covid-19 masih dilaksanakan untuk fasa satu, yang terdiri daripada barisan hadapan, pelajar yang belajar di luar negara dan warga emas berusia 60 tahun ke atas,” kata Kementerian Kesihatan Brunei seperti yang dipetik daripada Xinhua.

“Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan warga emas kerana golongan ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Warga emas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi yang lebih teruk,” kata kementerian itu.

Kementerian Kesihatan Brunei terus menggalakkan orang untuk mengambil bahagian dalam program vaksinasi nasional, walaupun tidak wajib.

“Mendapatkan vaksin Covid-19 adalah langkah paling berkesan untuk melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat kita dari kesan berbahaya korona,” kata kementerian itu.

lni adalah beberapa cara yang dilakukan Brunei dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan inisiatif penjarakan fizikal dalam menangani pendemik ini:

1) Pembinaan Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong bagi menempatkan pesakit-pesakit yang telah pun disahkan positif dari jangkitan Covid-19 untuk dipantau rapi.

2) Pembinaan bangunan tambahan Makmal Rujukan Virologi Kebangsaan di Kampung Sumbiling, Bandar Seri Begawan bagi menambah kapasiti dan mempercepatkan proses ujian makmal bagi Covid-19.

3) Penyediaan Pusat-Pusat Pemantauan bagi warga asing, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang masuk ke negara itu dari luar negara bagi menjalankan kuarantin.

4) Penyediaan Self Assessment Tool healthinfo.gov.bn bagi membantu individu untuk membuat penilaian jika mereka menghidap simptom-simptom COV1D1-9 dan usaha untuk menghasilkan masa sebenar ataupun “real-time Government dashboard”.

5) Pembukaan Sementara Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara bagi memudahkan aksesibiliti ke daerah Temburong. Jambatan berkenaan adalah dibukakan dari pukul 6 pagi hingga 6 petang sahaja setiap hari bermula 19 Mac 2020.

6) Elaun khas sebanyak 5400 sebulan iaitu sebanyak RM1242.80 khusus kepada para doktor, jururawat, parademik, pemandu ambulan, sukarelawan, pembersih, penjaga keselamatan dan kesemua mereka yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Brunei.

7) Pemantauan harga barangan sentiasa dijalankan bagi barangan seperti beras, gula dan barangan keperluan lain contohnya sanitizer tangan dan pelitup muka bagi melindungi pengguna.

8) Memperkasa perkhidmatan telekomunikasi bagi dapat memenuhi jangkaan permintaan yang makin meningkat.

9) Penutupan sementara masjid, surau dan balai ibadah seluruh negara Brunei Darussalam.

10) Acara-acara keramaian atau berkumpulan termasuk majlis perkahwinan dan acara kesukanan adalah tdak dibenarkan buat sementara waktu.

11) Premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, medan selera, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkan untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway).

12) Kompleks dan fasiliti sukan tertutup diseluruh negara termasuk gimnasium, pusat Boling dan padang golf serta muzium-muzium dan galeri, pusat-pusat belia, perpustakaan negara itu ditutup operasi.

Syabas buat Brunei yang berjaya menangani dan bebas pendemik. Semoga kita mengambil iktibar dan sama-sama melaksanakan langkah yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mengekang penularan virus ganas Covid-19 ini.

Sumber: oijom.com/tgkni

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!