Thu. Sep 29th, 2022
[Video] Disangka Ada Pencuri, Dua Pekerja Terkejut Bunyi Bising Dari Tandas Rupanya Ular Sawa 5 Meter Sedang ‘Berehat’

[Video] Disangka Ada Pencuri, Dua Pekerja Terkejut Bunyi Bising Dari Tandas Rupanya Ular Sawa 5 Meter Sedang ‘Berehat’

Seekor ular sawa berukuran 5 meter telah membuat ‘lawatan’ mengejut dalam sebuah tandas di sebuah kedai kopi di Kranji, Singapore. Kejadian itu berlaku pada awal pagi Sabtu lalu (15 Mei 2021), lapor portal Mothership.

Kehadiran reptilia tersebut telah mengejutkan dua orang staf kedai yang bekerja semalaman dan mereka terpaksa meminta pertolongan.

Video ular tersebut telah tular di Facebook.

Lianhee Wanbao telah melaporkan dalam suatu portal bahawa kedua-dua staf itu bekerja hingga lewat malam. Hal ini kerana mereka sedang membuat persiapan bagi sekatan Covid-19 yang ditetapkan pada hari Ahad.

Menurut sumber, pada jam 1 pagi, kedua-duanya tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari tandas walhal kedai itu telah tutup pada hari tersebut.

Mengesyaki mungkin pencuri, mereka menuju ke tandas namun apa yang didapati ialah seekor ular sawa yang berada di sana.

Berdasarkan kejadian itu, laporan media China tidak mendedahkan sama ada ular tersebut ᴍᴀꜱᴜᴋ ke premis kedai itu melalui sistem kumbahan atau celah tingkap yang terbuka.

Malah, kedai kopi tersebut tidak disebutkan sama ada berada dekat dengan kawasan hutan atau tidak.

Jelas sumber, Wanbao melaporkan bahawa kedua-dua staf itu bingung untuk melakukan apa-apa pada ketika itu. Maka, salah seorang daripadanya mengambil video dan memuat naik di Facebook.

Disebabkan video itu, ada yang menyarankan agar mereka meminta pertolongan dari ACRES, iaitu “Animal Concerns Research and Education Society”.

Namun, ACRES mengatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang panggilan untuk meminta bantuan. Jadi, berdasarkan laporan itu, dapat diandaikan bahawa ular itu berjaya keluar dengan sendirinya.

Sumber: Mothership

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

“Offer Sejuta Pun Takkan Jual” – Siapa Sangka Seluar Jeans Pertama Dan Tertua Di Dunia Kini Berada Di Malaysia

error: Haipp!!!