Tue. Oct 4th, 2022
ADUN Ini Menawarkan Sejumlah Wang RM1,000 Untuk Duit RM1 Lama, Warganet Teruja Dengan Hantaran Status Di

ADUN Ini Menawarkan Sejumlah Wang RM1,000 Untuk Duit RM1 Lama, Warganet Teruja Dengan Hantaran Status Di Facebook

Tentunya sesiapa pun akan teruja bila ada yang menawarkan RM1,000 bahkan jumlahnya yang boleh meningkat hingga RM3,000 kepada anda yang mempunyai sekeping wang RM1. Boleh dikatakan itu tawaran yang berbaloi dan hebat.

Melalui statut yang dihantar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli akaun FB miliknya, tentunya menarik perhatian umum. Beliau menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana individu yang mempunyai sekeping wang RM1 yang ditandatangani Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

 

Tambahnya lagi, jumlah itu akan meningkat kepada RM2, 000 hingga RM3, 000 sekiranya keadaan wang kertas RM1 tersebut masih dalam keadaan baik dan sempurna.

“Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang anda ada. Kalau ada tandatangan sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1, 000.

“Kalau keadaan cantik, saya beli dengan Harga RM2, 000 dan kalau lagi cantik saya beli dengan RM3, 000,”

“PM ye kalau ada,” Ujarnya yang memuat naik status ini pada 19 May yang lalu.

Status itu menerima pelbagai reaksi tanda suka, komen dan perkongsian. Bahkan tidak hairanlah hantaran terbabit mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial.

Katanya lagi melalui status terkini di Facebook milik beliau,

Salam Rakan2 FB. Habis Viral Isu RM1 T.Tangan Gabenor Ali Abu Hasan. Untuk Makluman Semua Saya Kumpul Duit Lama Ini Sudah Hampir 20 Tahun.

Ramai Yang Tak Tahu Hobi Ini Mempunyai Peluang Pendapatan Yang Tinggi. Contohnya Ada Kwn Saya Ni… Dia Berkerja Sebagai Kerani Biasa Di Agensi Kerajaan, Tetapi Pendapatan Bulanannya Lebih 10k.

Saya Hanya Fokus Duit Negara Kita Sahaja. Tidak Seperti Orang Lain Yang Mengumpul Duit Semua Negara. Ramai juga Tidak Tahu 3 Tahun Lepas Bank Negara Kita Ada Keluarkan Duit RM60 & RM600. Kini Harganya Sudah Cecah 50K.

Disini saya kongsikan koleksi duit saya untuk anda lihat sendiri duit2 lama negara kita. Terima Kasih.

RM1000

RM1000 lagi

RM500

Tidak kurang juga ada segelintir mereka yang menunjukkan koleksi wang lama yang disimpan mereka di ruang komen.

Tak sama

RM5 adela yb

RM2 takmau ka yb?

Mari2

Sumber: Shaid Rosli

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!