Wed. Oct 5th, 2022
[VIDEO] Awalnya Hanya Video Bapa Hantar Makanan Yang Ditempah Oleh Anak Sendiri Tapi Lain Pulak Yang Netizen Perasan

[VIDEO] Awalnya Hanya Video Bapa Hantar Makanan Yang Ditempah Oleh Anak Sendiri Tapi Lain Pulak Yang Netizen Perasan

KASIH sayang seorang bapa terhadap permata hati mungkin tidak terucap dengan kata-kata.

Begitu banyak pengorbanan yang mereka lakukan sehingga sanggup mengenepikan soal masa dan lelah tatkala gigih mencari rezeki untuk keluarga tercinta.

Baru-baru ini tular menerusi aplikasi TikTok perkongsian seorang remaja yang menempah makanan secara online, tetapi tidak menyangka ianya dihantar bapa kandungnya sendiri.

Pemilik akaun Tiktok @aniezelizza berkongsi video berdurasi 40 saat yang mencuit hati warganet.

Menariknya, anak beranak itu sama-sama ketawa sebaik sahaja motosikal ditunggang bapanya tiba di depan pagar rumah.

“Siapa order ni? Bapa sendiri yang hantar.”

Menerusi video tersebut remaja itu turut memberitahu, sebelum menempah makanan ibunya mencadangkan menggunakan nombor ID tertentu dipercayai milik si bapa, namun beliau tidak berbuat demikian.

Tanpa disangka ayahnya yang menghantar pesanan makanan ke rumah mereka. Biarpun dikendalikan oleh bapa sendiri remaja tersebut tetap membayar harga makanan segera itu lebih daripada jumlah asal.

@aniezelizzaReply to @johndblend___88 dia punya terhibur tu takleh bincang 🥲♬ original sound – 艾妮丝 <3

Menjengah di ruangan komen, majoriti warga maya turut berkongsi mengalami pengalaman sama yang mana pesanan makanan dihantar ahli keluarga sendiri. Malah ada juga yang sempat memberi sedikit nasihat dan bertanya berapa umur si bapa. Ada-ada sahaja la netizen ni kan, memang lucu.

Samala Kena kat Aku

Tetap Seorang Bapa Walaupun Anak-anaknya Dah Besar

Memangla Namapak Muda Sebab Baru 39 tahun

Guna Sarung tangan Selain Mask

Sama Macam Akula

 

Kita Sebaya

Mudanya, berapa umur tu?

Pun begitu, ada segelintir netizen beranggapan penghantar makanan itu merupakan suami kepada remaja terbabit memandangkan suara dan fizikalnya tampak muda. Bagaimanapun remaja berkenaan memberitahu perkara sebenar.

Dalam video yang mendapat 1.3 jumlah tontonan itu, Aniezelizza menjelaskan bahawa ibu bapanya melangsungkan perkahwinan pada usia muda.

Bapanya kini berusia 39 tahun manakala ibu pula 36 tahun.

@aniezelizzaReply to @amrzmri umur dia baru 39, habis semua claim suamila abangla 😭😭👍🏻♬ original sound – 艾妮丝 <3

Terima kasih kepada rider penghantar makanan kerana berkorban nyawa di jalan raya menghantar pesanan pelanggan dalam apa jua keadaan.

Lebih-lebih lagi pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang mana rata-rata masyarakat lebih cenderung memesan makanan secara online bagi mengelakkan keluar rumah.

Ingat ya! terus kekal berada di rumah. Keluar apabila ada keperluan dan urusan penting sahaja. #kitajagakita

Sumber: Tiktok Aniezelizza

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!