Tue. Oct 4th, 2022
Kisah Raisalman, Anak Yatim Berkaki Satu

Kisah Raisalman, Anak Yatim Berkaki Satu Yang Sangat Cekal

Dilahirkan dengan fizikal kurang sempurna, namun kekurangan itu tidak mematahkan semangat Raisalman untuk menuntut ilmu dan mengejar cita-citanya.

Walaupun hanya mempunyai satu kaki, kanak-kanak berusia sembilan tahun ini sungguh bersemangat pergi ke sekolah dengan cara meloncat-loncat dari rumah sehingga sampai ke sekolah yang jaraknya sekitar satu kilometer.

Kisah kanak-kanak dari Jawa Barat itu tular di laman media sosial November lalu setelah dikongsi oleh seorang pengguna Instagram, Kristiawan Saputra yang memuat naik beberapa gambar dan video Raisalman.

“Saya bisa berlari lebih cepat dari mereka dengan satu kaki”

Difahamkan, budak berkenaan mempunyai sebelah kaki sejak dari lahir dan mempunyai keluarga yang kurang berkemampuan.

Bapanya yang telah menɪɴɢɢᴀʟ dunia pernah bekerja sebagai buruh tani, manakala ibunya pula suri rumah sepenuh masa selain merawat salah seorang anak yang mengidap epilepsi.

Kristiawan berkata, kenalan dan pihak sekolah telah memohon bantuan buat keluarga Raisalman daripada pihak bertanggungjawab namun masih tiada maklum balas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen banyak mendoakan adik ini supaya dipermudahkan urusan hendaknya.

Semoga jadi anak yg soleh

Semoga dipermudahkan urusan

Semoga berjaya dunia akhirat

Semoga dipermudahkan urusan

Moga menjadi anak y pandai

Sehatkan zahir dan batin

Sumber: Kristiawan Saputra

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!