Wed. Sep 28th, 2022
"Datang sini, ambillah sebanyak mana pun tembikai dan sedekah pada jiran"

“Datang sini, ambillah sebanyak mana pun tembikai dan sedekah pada jiran”

Jerantut: “Sesiapa yang nak makan tembikai, datang ke kebun. Ambillah sebanyak mana yang mahu dan sedekah kepada jiran agar buah yang masak ranum ini tidak terbiar begitu saja,” kata Asri Yaakob, 50, pekebun tembikai di Kampung Besul dekat sini.

Inisiatif ini merupakan jalan terakhir buat beberapa pekebun bagi mengelak hasil tanaman mereka tidak dibiarkan busuk begitu saja.

Asri berkata, ramai pekebun yang berputus asa dan hanya membiarkan hasil tanaman membusuk.

“Kami menanam tembikai sejak awal tahun ini dan disasarkan untuk dijual pada bulan puasa lepas, namun kurang mendapat sambutan daripada pelanggan kerana ramai yang tidak keluar ke pasar Ramadan.

“Kali ini, tanaman tembikai cukup menjadi, mungkin kerana hujan sepanjang bulan tetapi tiada pasaran seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Dia berkata, kalau dulu hasil tembikai dapat digunakan untuk belanja persiapan raya seperti membeli baju anak dan lain-lainnya, namun kali ini agak suram.

Asri berkata, kali ini hasil tembikai tidak lepas ke mana sebab tiada pasaran dan hanya dipasarkan di sekitar Jerantut saja.

Katanya, kini kebanyakan pekebun hanya mengharapkan mereka dapat kembali modal yang dikeluarkan.

“Ada yang sudah dapat modal dan ada yang belum balik modal. Oleh sebab tiada pasaran, kebanyakan pekebun membiar saja buah tanpa dikutip,” katanya.

Dia berkata, terdapat lapan pekebun tembikai di Kampung Besul yang mengusahakan tanaman di kawasan seluas antara 0. 4 hingga 0.8 hektar seorang.

Katanya, walaupun ada beberapa pekebun masih menjalankan perniagaan kecil-kecilan namun peningkatan kes Covid-19 membuatkan mereka juga mengehadkan pergerakan.

“Walaupun kerugian, namun rata-rata pekebun berlapang dada dan mengharapkan ada pihak yang sudi mengambilnya agar tidak terbiar begitu saja.

“Kami nak beri percuma kepada yang datang ke kebun dan kalau nak bayar pun, bayarlah seberapa saja yang ikhlas,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, terdapat kira-kira 20 tan tembikai masih dibiarkan di kebun.

Video:

Menjenguk ke ruangan komen, bermacam komen dapat dilihat. Antaranya:

Sejuknya minum jus tembikai

Nanti Allah akan tambah rezeki berganda

Mana yang mampu, bayarlah nanti

Jangan ambil free saja

Sabarla duhai petani2

Belila, kesian dia

Sumber: HMETRO

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!