Tue. Oct 4th, 2022
Up Status "Makan Diri", Iman Troye Tutup Akaun Twitter

Up Status “Makan Diri”, Iman Troye Tutup Akaun Twitter

TINDAKAN penyanyi Iman Troye secara menyindir statistik angka jangkitan harian Covid-19 di laman Twitter miliknya mengundang kecaman netizen serta memakan diri.

Dalam perkongsiannya itu, Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, menulis status sinis dilihat seolah-olah “happy” dengan angka jangkitan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulisnya.

Gara-gara perkongsiannya itu, penyanyi lagu Teman ini teruk dikecam netizen kononnya dia tidak sensitif mengenai isu semasa dan menjadikannya sebagai bahan gurauan.

Selepas beberapa jam memuat naik status berkenaan, carian mendapati akaun Twitter milik penyanyi tersebut telahpun ditutup pada malam Ahad.

“Petugas barisan hadapan kepenatan, orang ramai mati dan kau masih berani tweet harap esok dapat 7,000! Adakah ini gurauan, sangat tidak sensitif.,” antara komen lain netizen.

Iman Troye tutup akaun Twitter selepas dikecam.

“Kalau nak bergurau pun, ini dah melampau! Kau ingat orang suka ke tweet macam tu? Duduk diam-diam sajalah.

“Iman Troye buat hal ke? Dah deactive akaun Twitter. Iman sepatutnya kena sensitif dengan isu melibatkan Covid yang boleh mendatangkan marah jangan bicara, ” antara komen netizen.

“Iman Troye patut disenarai hitam dalam industri seni. Memalukan,” komen seorang pengguna Twitter yang berang dengan ciapan sindiran penyanyi Iman Troye di laman Twitter miliknya, semalam.

“Lepas ini kalau kena hentam jangan guna ‘tiket’ masalah gangguan mental,” antara komen netizen.

Pada masa yang sama, Iman juga turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #kerajaangagal dalam ciapannya itu turut dikritik kerana dia juga pernah melanggar prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini.

“SOP pun tak ikut ada hati nak guna hashtag kerajaan. Susahlah jadi artis syok sendiri dan tak sensitif ni,” komen netizen lagi.

Pada Ahad lepas, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19.

Peningkatan kes yang dilaporkan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ada pihak mendesak kerajaan melakukan “lockdown” atau sekatan penuh bagi membendung penularan wabak tersebut.

Pada April lalu, nama Iman menjadi trending di laman Twitter selepas timbul salah faham mengenai komennya mengenai jerawat anggota kumpulan NCT iaitu Jaehyun.

Iman merupakan antara selebriti yang dilihat kerap berinteraksi bersama peminat di laman sosial.

Antara komen lain yang mengecam teruk Iman Troye:

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!