Mon. Nov 28th, 2022
ADAKAH MEREKA YANG MENɪɴɢɢᴀʟ DUNIA KERANA COVID-19 DIANGGAP ᴍᴀᴛɪ SYAHID?

Adakah Mereka Yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ Kerana Covid-19 Dianggap ᴍᴀᴛɪ Syahid?

UMAT Islam yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ akibat Covid-19 dianggap syahid akhirat. Ini kerana ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ mereka disebabkan mudarat akibat penularan ᴡᴀʙᴀᴋ ᴍᴀᴜᴛ itu.

Mereka yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ akibat Covid-19 juga perlu disempurnakan sama seperti ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ lain.

ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ perlu dimandikan, dikafankan dan disolat seterusnya ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ mengikut prosedur yang ditetapkan.

SOALAN:

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada satu persoalan. Adakah mereka yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ kerana Covid-19 ini dikira sebagai ᴍᴀᴛɪ syahid? Harap dapat pencerahan mengenai perkara ini.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari ᴋɪᴀᴍᴀᴛ.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT :

وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

Maksudnya : “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ dalam perjuangan membela agama Allah itu ialah orang-orang ᴍᴀᴛɪ; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

(Surah al-Baqarah : 154)

Ayat di atas merupakan peringatan kepada orang-orang yang beriman agar jangan mengatakan mereka yang telah ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ dalam jalan Allah (membela agamaNya) ialah orang-orang yang ᴍᴀᴛɪ (tiada apa-apa nilai). Bahkan mereka itu adalah orang-orang yang hidup dengan keadaan hidup yang istimewa (khusus) di dalam ᴋᴜʙᴜʀ-ᴋᴜʙᴜʀ mereka, yang mana tidak diketahui bagaimana hidupnya itu (kaifiyatnya) melainkan oleh Allah SWT. Akan tetapi kamu juga tidak dapat menyedarinya. Dan ini adalah merupakan dalil yang menunjukan kepada wujudnya nikmat di dalam ᴋᴜʙᴜʀ. (Lihat al-Tafsir al-ᴍᴜʏᴀꜱꜱᴀʀ, hlm. 24)

Orang Islam yang ᴍᴀᴛɪ kerana ᴡᴀʙᴀᴋ dikira ᴍᴀᴛɪ syahid

Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan akan perkara ini. Antaranya riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Orang yang ᴍᴀᴛɪ syahid lima golongan iaitu orang yang ᴍᴀᴛɪ kerana taun (ᴡᴀʙᴀᴋ), ᴍᴀᴛɪ kerana ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ perut, ᴍᴀᴛɪ lemas, ᴍᴀᴛɪ ditimpa runtuhan dan ᴍᴀᴛɪ di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang ᴅɪʙᴜɴᴜʜ di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang ᴍᴀᴛɪ kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang ᴍᴀᴛɪ kerana ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915)

Begitu juga, hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya : “ᴡᴀʙᴀᴋ taun itu adalah (penyebab) ᴍᴀᴛɪ syahid bagi setiap Muslim.”

Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukan bahawa orang Islam yang ᴍᴀᴛɪ kerana ᴡᴀʙᴀᴋ (taun) dianggap sebagai ᴍᴀᴛɪ syahid. Kurniaan gelaran syahid ini adalah dianugerahkan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ itu dianggap sebagai ᴍᴀᴛɪ syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka) kerana dahsyatnya ᴋᴇꜱᴀᴋɪᴛᴀɴ dan kepedihan ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)

Pembahagian ᴍᴀᴛɪ syahid

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan di dalam kitabnya bahawa melalui hadis-hadis ini kita dapat bahagikan ᴍᴀᴛɪ syahid itu kepada dua kategori iaitu :

Syahid di akhirat dan syahid di dunia iaitu sesiapa yang gugur (ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ) di jalan Allah melawan orang-orang kafir (menegakkan agamaNya), ikhlas kerana Allah serta dalam keadaan mara ke hadapan dan bukannya berundur melarikan diri (daripada musuh).

Syahid di akhirat sahaja iaitu mereka yang diberikan pahala ᴍᴀᴛɪ syahid, namun tidak terpakai ke atas mereka ʜᴜᴋᴜᴍ syahid tersebut di dunia (yakni tidak perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya).
(Lihat Fath al-Bari, Cet. Dar al-Salam, 6/55)

Manakala Imam al-Nawawi menambah kategori yang ketiga iaitu mereka yang ᴍᴀᴛɪ syahid di dunia tetapi tidak di akhirat. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550) Begitu juga, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan kategori ini di dalam kitabnya yang lain dan menyatakan mereka ialah sesiapa yang gugur (ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ) di dalam ᴘᴇʀᴀɴɢ melawan orang-orang kafir (yakni bagi menegakkan agamaNya) tetapi adanya halangan ke atas mereka seperti niat yang ʀᴏꜱᴀᴋ dan ketika lari dari medan ᴘᴇʀᴀɴɢ. (Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 189)

Oleh itu, kita ketahui bahawa ᴍᴀᴛɪ kerana ᴡᴀʙᴀᴋ taun adalah ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ dalam syahid di akhirat tetapi tidak di dunia. Ini bermakna bagi mereka di akhirat pahala ᴍᴀᴛɪ syahid tetapi di dunia mereka masih perlu dimandikan dan disolatkan. Mengenai ini, Imam al-Nawawi menukilkan bahawa :

المراد بشهادة هؤلاء كلهم غير المقتول فى سبيل الله انهم يكون لهم فى الآخرة ثواب الشهداء وأما فى الدنيا فيغسلون ويصلى عليهم

Maksudnya : “Syahid yang dimaksudkan ialah mereka semua kecuali yang gugur di jalan Allah, kelak di akhirat akan mendapat pahala ᴍᴀᴛɪ syahid. Adapun di dunia mereka masih perlu dimandikan dan disolatkan (tidak seperti yang gugur di jalan Allah).” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)

Pahalanya sebagaimana pahala syahid di jalan Allah

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan bahawa pahala syahid yang diperoleh mereka yang ᴍᴀᴛɪ kerana taun adalah sepertimana pahala syahid mereka yang gugur di jalan Allah SWT. (Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 196)

Mengenai perkara ini, adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

يختصِمُ الشُّهداءُ والمتوفَّونَ على فُرُشِهِم إلى ربِّنا في الَّذينَ يتوفَّونَ منَ الطَّاعونِ ، فيقولُ الشُّهداءُ : إخوانُنا قُتِلوا كما قُتِلنا ، ويقولُ المتوفَّونَ في فرشِهِم : إخوانُنا ماتوا على فرشِهِم كما مُتنا ، فيقولُ ربُّنا : انظُروا إلى جراحِهِم ، فإن أشبَهَ جراحُهُم جراحَ المقتولينَ ، فإنَّهم منهم ومعَهُم ، فإذا جراحُهُم قد أشبَهَت جراحَهُم

Maksudnya : “Orang-orang yang syahid dan orang-orang yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ di atas katil mereka saling berselisih kepada Allah SWT mengenai orang-orang yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ kerana ᴡᴀʙᴀᴋ taun. Orang-orang yang syahid berkata : Mereka adalah saudara-saudara kami, iaitu mereka diʙᴜɴᴜʜ sebagaimana kami diʙᴜɴᴜʜ. Sedangkan orang-orang yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ di atas katil mereka pula berkata : Mereka adalah saudara-saudara kami, mereka ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ di atas katil mereka sebagaimana kami ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ. Kemudian Allah SWT berfirman : Lihatlah kepada ʟᴜᴋᴀ mereka, sekiranya ʟᴜᴋᴀ mereka serupa dengan ʟᴜᴋᴀ orang-orang yang ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ, maka mereka ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ dalam kalangan orang-orang yang ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ, dan bersama mereka, dan ternyata ʟᴜᴋᴀ mereka serupa dengan ʟᴜᴋᴀ orang-orang yang ᴛᴇʀʙᴜɴᴜʜ itu.” Riwayat al-Nasaie (3164) dan Ahmad (17195)

Bolehkah Covid-19 dikategorikan sebagai taun?

Dalam menjawab isu ini kami kongsikan beberapa definisi taun seperti yang disebutkan oleh para ulama lughah (bahasa). Antaranya ialah :

Al-Jauhari mengatakan : Taun merujuk kepada ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ yang meliputi umum sama seperti ᴡᴀʙᴀᴋ.
Syeikh Ibrahim al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis pula menyatakan : ᴡᴀʙᴀᴋ adalah taun dan juga ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ yang meliputi umum.

Ibn Al-‘Arabi pula menyatakan dalam Syarah al-Tirmizi : Dinamakan sebagai taun kerana musibahnya meliputi umum serta cepat berlaku ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ disebabkannya. Maka ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ-ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ yang seumpamanya turut ᴛᴇʀᴍᴀꜱᴜᴋ sebagainya (taun).

(Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 95)

Maka seperti yang diketahui umum Covid-19 merupakan ᴠɪʀᴜꜱ yang merebak serta membawa kepada ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ-ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ berjangkit yang boleh membawa kepada ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ dalam skala yang besar. Justeru, berdasarkan ciri-ciri ini maka ia boleh dianggap sebagai taun seperti yang disebutkan dalam riwayat-riwayat yang sahih.

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa sesiapa yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ kerana ᴡᴀʙᴀᴋ Covid-19 ini dianggap sebagai ᴍᴀᴛɪ syahid sebagaimana yang telah difahami daripada hadis-hadis yang sahih. Namun, syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di hari akhirat kelak. Adapun semasa di dunia, ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan.

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita terus berdoa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang ᴛᴇʀᴋᴏʀʙᴀɴ kerana Covid-19 ini sebagai ᴍᴀᴛɪ syahid di sisiNya.

Kami akhiri dengan sabda Nabi SAW :

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ

Maksudnya : “Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT ᴍᴀᴛɪ syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia ᴍᴀᴛɪ di atas katilnya (tempat tidur).” Riwayat Muslim (1909)

Semoga Allah SWT menghilangkan ᴡᴀʙᴀᴋ yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!