Mon. Dec 5th, 2022
"Hanya Lambat Seminit Jer, bukan Eksiden Pun" - Lihat Cara Jepun Mengendalikan Sidang Media

“Hanya Lambat Seminit Jer, bukan Eksiden Pun” – Lihat Cara Jepun Mengendalikan Sidang Media

MALU, TIDAK PROFESIONAL

Apa perasaan anda selepas menonton sidang media oleh Prasarana berkenaan kemalangan LRT tempoh hari? Rata-rata yang menonton sidang media tersebut ternyata kecewa dengan cara Pengerusi Prasarana itu mengendalikan serta menjawab soalan-soalan dari para wartawan.

“Apa you mau tau?”

Menonton sekali lagi video sidang media tersebut, kita dapat mendengar dan menilai bagaimana Pengerusi tersebut dengan berseloroh menjawab soalan-soalan dari wartawan seolah-olah menganggap perkara ini seperti gurauan. Menerusi video tersebut juga, kita dapat melihat seolah-olah Pengerusi tersebut tidak bersedia semasa sidang media itu. Ada juga soalan-soalan dijawab dengan nada sinis.

“Reti ke cakap orang putih?”, ketika menjawab salah seorang dari wartawan.

Ada ketika beliau menjawab soalan dengan nada gurau seolah-olah tidak sensitif dengan dengan keadaan semasa.

“Where are you from?”
“China”
“No wonder la”

Itu antara yang dapat didengari pada akhir-akhir sidang media tersebut sebelum bersurai. Anda boleh menonton video tersebut dan nilaikan sendiri.

 

Video

Komen

Sementara itu di Jepun.

Baru-baru ini kecoh kes pemandu shinkansen (keretapi laju Jepun) yang tinggalkan kabin selama 3 minit sebab sakit perut nak pergi tandas.

Isu berbangkit sebab shinkansen tu tengah berada di kelajuan 150km/j dengan muatan 160 orang penumpang dan yang gantikan dia masa dia pergi tandas tu adalah konduktor yang tak ada lesen untuk kendalikan Shinkansen.

Salah?

Memang salah sebab bahaya kan. Tapi, tiada kemalangan berlaku dan semua 160 orang penumpang sampai ke destinasi dengan Selamat. In fact, penumpang pun tak tahu apa yang berlaku rasanya.
Benda ni kantoi sebab shinkansen sampai SATU MINIT lewat dekat destinasi. Jangan main-main eh, shinkansen seminit lewat dekat Jepun ni memang isu besar.

Walaupun tak ada kemalangan, pemandu & konduktor disiasat dan diambil tindakan. Laporan dibuat ke Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan sebab benda ni dah langgar undang-undang dan protokol. SOP diperketatkan.

Kementerian terus buat Press Conference dan minta maaf dan kecewa atas apa yang berlaku sebab shinkansen ni bawa nyawa orang.

Tak boleh bayangkan kalau ada yang meninggal atau cedera dalam insiden tu…. rasanya pemandu, konduktor, pegawai tertinggi JR Railway sampai ke menteri terlibat akan letak jawatan.

Ya, di Jepun tanggungjawab dipegang dengan penuh amanah. Tak boleh tidak. Mungkin budaya “malu jika buat silap” dah sebati dengan jiwa orang Jepun sejak dulu lagi. Sebab tu wujud harakiri, untuk kembalikan maruah bila golongan samurai dulu-dulu buat silap. Foundation disiplin orang Jepun ni memang dah kuat.

Tapi kita sebagai Islam ni pun dah ada foundation amanah & disiplin juga yang digariskan dalam agama kita . Ikutkan, tak ada beza pun kita dengan orang Jepun dalam etika kerja.

Cuma itulah.. Bila tengok Chairman buat Press Conference kejadian kemalangan LRT yang libatkan 213 orang penumpang, 6 kritikal di hospital pun boleh sakit hati.

Memang sakit hati

Tegak bulu roma tengkuk

Bila tak malu ..

Sangat jauh beza

Langsung xde tunjuk empathy

Rakyat jepun ada accountibility

Sumber: FB Zunita Ramli, Majalah 3, Japantimes

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!