Tue. Oct 4th, 2022

Laman Web Vaksin Bernilai Puluhan Juta Bermasalah, Muda Tuntut Jawapan Dari KJ

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menuntut jawapan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung persoalan yang dibangkitkan rakyat berkaitan laman sesawang pendaftaran vaksin Covid-19 tengah hari tadi.

Setiausaha Agung Muda, Amir Abd Hadi berkata, ramai berdepan masalah teknikal ketika cuba mendaftar dan mempertikaikan kos RM70 juta untuk membangunkan sistem laman sesawang yang dianggap bermasalah itu.

“Selepas beberapa kali laman sesawang ini gagal menepati standard, serta gagal memudahkan rakyat mendaftar bagi mendapatkan vaksin, rakyat mula mempersoal beberapa masalah, antaranya adalah ‘cloudflare’ yang percuma.

“Ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana kos yang digunakan bagi membangunkan sistem serta laman sesawang ini berjumlah hingga hampir RM70 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amir berkata Khairy selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan perlu mendedahkan siapakah yang mendapat kontrak bagi membangunkan laman sesawang tersebut.

Pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka kepada umum untuk kali kedua hari ini dan 300,000 temu janji dilakukan dalam tempoh sekitar 65 minit.

Namun, Malaysiakini menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak dapat menyelesaikan proses pendaftaran mereka, meskipun cuba melakukannya berulang kali.

Banyak aduan daripada pengguna yang mengatakan mereka tidak dapat menekan untuk memilih pusat vaksinasi pilihan mereka.

Selain itu pengguna juga menerima mesej ‘error‘ daripada cloudfare iaitu perkhidmatan keselamatan laman sesawang.

Sebelum ini perbelanjaan kerajaan bagi program imunisasi kebangsaan melonjak daripada RM3 bilion pada tahun lalu kepada RM5 bilion.

Peruntukan itu sebahagiannya ditampung oleh Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), namun langkah itu dipertikai kerana tidak dibawa ke parlimen.

Khairy sebelum ini menafikan bahawa perbelanjaan sebanyak RM70 juta untuk sistem janji temu dan integrasi data adalah berlebihan.

Sumber: MK

Antara komen-komen netizen:

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!