Thu. Sep 29th, 2022
"Tak kesian ke dekat baby dia positif COVID-19 jugak nanti?" - Doktor Luah Rasa Kecewa & Menyeru Kepada Semua Supaya Ambil Serius Pasal Virus Covid-19 ini

“Tak kesian ke dekat baby kalau positif COVID-19 jugak nanti?” – Doktor Luah Rasa Kecewa & Menyeru Kepada Semua Supaya Ambil Serius Serta Mematuhi SOP

JARANG berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari, namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian.

Jam di dinding menunjukkan waktu 3 pagi. Dr Tasha sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Melaka apabila dia menerima panggilan memerlukannya bersiap sedia menerima pesakit yang merupakan seorang wanita hamil.

Wanita berkenaan perlu melahirkan bayinya melalui kaedah pembedahan yang lazimnya jarang dilakukan seawal pagi ekoran kekurangan tenaga kerja kecuali ia merupakan kes kecemasan.

Namun itu bukan persoalannya kerana itu tugas hakiki Dr. Tasha sebagai seorang doktor pediatrik, tetapi kejutannya adalah wanita hamil itu merupakan salah seorang pesakit COVID-19!

Gambar berkenaan dirakam sekitar pukul 4 pagi semasa Dr Tasha sedang menunggu kelahiran seorang bayi menerusi kaedah pembedahan selepas ibunya disahkan positif COVID-19. – Sumber foto IG Dr Tasha

Ia berikutan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dilakukan menunjukkan wanita itu positif!

Tulis Dr Tasha dalam posting Instagram miliknya 24 jam lalu, wanita berkenaan mengakui melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri yang mana ada dalam kalangan saudara-maranya berada dalam keadaan kurang sihat, namun dia masih memilih untuk ‘mendekati’ mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tharshana Thenakaran (@tash_karan)

Wanita berkenaan turut didakwa tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga jarak fizikal dan sekali gus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kisah ini buat saya amat kecewa. Dia tidak boleh fikir bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada bayinya,” kata Dr Tasha dalam perkongsian di laman Instagram peribadinya.
Dia mengakui begitu kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pesakitnya itu.

“Jika dia positif, bayi yang dilahirkan terpaksa diasingkan sebaik dilahirkan, perlu menjalani beberapa siri ujian dan juga ujian swab.

“Bagaimana jika bayi itu juga positif? Tidakkah dia terfikir apa kemungkinan yang akan dihadapi oleh bayinya?,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi khidmat pesanan di Instagram, Dr Tasha memaklumkan bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan baik, namun perlu diberi perhatian setiap masa sekiranya disahkan positif COVID-19.

“Kita sama-sama doa agar bayi itu tidak positif. Ibunya pula berada dalam keadaan stabil meskipun positif COVID-19 dan turut berada di bawah pemerhatian khusus pihak hospital,” balasnya.

Luahnya, agak memenatkan apabila anda fikir anda seorang sahaja yang berperang menentang virus berkenaan sedangkan sesetengah pihak langsung tidak ambil pusing dan memainkan peranan mereka.

Jelasnya, ada segelintir pihak yang langsung tidak peduli usaha petugas barisan hadapan menghapuskan COVID-19 kerana terlalu asyik mendengar berita palsu yang tular, tidak mematuhi SOP, menipu untuk merentas negeri dan hasilnya menjadi penyebar virus.

“Kami tidak boleh melakukan (melawan COVID-19) secara sendirian, kami akan gagal jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda.

“Kepada semua yang membaca posting ini, saya merayu, jalankan tanggungjawab anda,” katanya.

Melihat kepada komen-komen yang diterima, rata-rata ramai netizen menzahirkan rasa kecewa terhadap pesakit doktor tersebut.

Teruskan usaha anda

Pelik dengan mereka yang penting diri sendiri ni

Selamatkan diri sendiri lebih baik

Sebab degil jadi begini

Teruskan lagi post berita2 macamni supaya rakyat lebih prihatin

Sumber: AstroAwani

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!