Tue. Oct 4th, 2022
25 Tahun Tak Pernah "Berenggang" Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit

25 Tahun Tak Pernah “Berenggang” Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit

Siapa je yang tak pernah ada bantal busuk? Hampir semua orang pernah memiliknya dan digunakan sehingga meningkat dewasa seperti yang dilakukan lelaki ini.

Lelaki berusia 25 tahun ini masih menyimpan bantal busuk atau dipanggil “Chou chou” atas sebab tertentu. Bantal kecil itu diberi oleh mendiang neneknya ketika kecil.

Dia menganggap bantal itu sebagai “isterinya”. Walaupun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak namun dia masih membawa bantal tersebut kemana sahaja dan mengaku tidak boleh tidur tanpa bantal berkenaan.

Di Facebook, Chua berkongsi perjalanan yang tempuhi bersama chou chou termasuk membawa balik ke kampung halaman neneknya di China.

Gambar bantal busuk Chua tular di Facebook dengan mendapat perkongsian sebanyak 2,700 kali. Apabila ditanya tentang sama ada pasangannya cemburu atau tidak, dia mengatakan isterinya membenci bantal busuk tersebut.

“Isteri saya tidak suka bantal busuk itu dan dia tidak membenarkan anak kami menyentuh bantal tersebut,” kata Chua dengan berkata anaknya suka memeluk chou chou.

Pada satu ketika, Chua patah hati setelah anaknya mengoyakkan bantal busuk tersebut. Dia juga merayu kepada ibu dan isterinya supaya menjahit bantal itu namun mereka mengatakan chou chou tidak boleh diselamatkan.

Menurut Chua lagi, ibu dan isterinya meminta dia membuang bantal tersebut namun mengendahkan nasihat itu dan menghantar chou chou ke kedai jahit berhampiran rumahnya.

“Tukang jahit sangat baik dan sangat profesional. Dia tidak kisah dengan bau ‘isteri’ saya yang sangat kuat dan tukang jahit ‘upgrade’ bantal busuk dengan menambah lapisan kain baru di dalam,” ujarnya lagi.

Komen warga maya:

Panjang komen tu, mungkin lucu agaknya

Siap tag member, nak ajak membawang la tu

Apala dikomen agaknya tu

Yang ni pendek pulak komennya

Tag kawan lagi

Yang paham chou chou je

Sumber: FB Andrew Chua

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!