Fri. Sep 30th, 2022
Sanggup Terjun Sungai Beramai2 Dari Kena Vaksin

Sanggup Terjun Sungai Beramai2 Dari Kena Vaksin

Masih ada ramai individu tidak bertanggungjawab yang sengaja menyebarkan berita palsu mengenai COVID-19 atau berkaitan vaksin untuk mengekang penularan virus itu.

Akibat terpedaya dengan berita palsu, hampir semua penduduk di sebuah perkampungan di India telah melarikan diri dan terjun dalam sungai bagi mengelakkan diri mereka divaksin oleh petugas kesihatan.

Tinggalkan rumah, lari dari petugas kesihatan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku apabila petugas kesihatan datang ke sebuah daerah pedalaman yang terletak di Uttar Pradesh untuk memberi vaksin COVID-19.

Apa yang mengejutkan adalah seramai lebih 200 orang penduduk di sebuah kampung bernama Sisoda tiba-tiba meninggalkan rumah mereka sebaik mengetahui kehadiran petugas kesihatan berkenaan.

“Kami tiba di kampung dengan pasukan kesihatan untuk memvaksin penduduk. Namun begitu, apabila kami menghampiri kampung, banyak daripada mereka yang melarikan diri,” ujar salah seorang petugas kesihatan.

Menurut petugas bernama Rajiv tersebut, mereka cuba menyampaikan kepentikan vaksin kepada penduduk kampung berkenaan.

Namun begitu, penduduk kampung terus melarikan diri dan terjun ke dalam sungai Saryu,

Percaya berita palsu vaksin beracun

Setelah disiasat dengan lebih lanjut, rupa-rupanya punca orang kampung melarikan diri adalah kerana mereka percaya berita palsu tentang vaksin COVID-19.

Sebelum itu, mereka dimomokkan dengan kepercayaan bahawa vaksid COVID-19 mengandungi racun sehingga boleh menyebabkan kematian, mati pucuk dan jangkitan virus.

Ketika ditemubual oleh media India Times, seorang petani mengakui ada mendengar ramai orang telah menerima vaksin itu tetapi dia tidak mempercayai pihak berkuasa.

Maklumat tersebut diperolehi daripada kawannya di bandar, justeru itu dia mula ragu-ragu tentang perihal vaksin berkenaan.

“Saya mendapat maklumat ini daripada beberapa rakan yang bekerja di bandar besar.

“Adakah jaminan kita tidak akan dijangkiti selepas vaksin? Banyak di kampung sekitar yang terburu-buru untuk mengambil vaksin dan kemudian masih dijangkiti,” katanya.

Akibat kejadian tersebut, hanya 14 orang sahaja daripada 1,500 penduduk kampung yang setuju untuk divaksin.

Untuk rekod, sehingga Khamis (27 Mei 2021), kes Covid-19 di India sudah mencapai 27.4 juta dengan lebih 315,000 kematian dicatatkan.

Negara itu memulakan program suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 200,662,456 dos sudah diberikan.

Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara

BERIKUT adalah maklumat terkini mengenai perkembangan kes COVID-19 di negara-negara terpilih setakat pukul 10 pagi hari ini.

Di seluruh dunia terdapat 168,040,871 kes COVID-19 yang telah disahkan, terᴍᴀꜱᴜᴋ 3,494,758 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 27 Mei.
Selain itu, sejumlah 1,545,967,545 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia sehingga 25 Mei.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal sebagai tiga negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

Jadual di bawah juga menunjukkan status beberapa negara ASEAN terᴍᴀꜱᴜᴋ Malaysia semasa kes-kes COVID-19 terus meningkat.

Angka-angka di atas adalah berdasarkan data WHO, negara-negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

Sumber: Harian Metro, BERNAMA, India Times (Aiswarya Dharni)

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!