Thu. Dec 1st, 2022

Viral Seorang Penternak Lembu Dikompaun RM1,500 Gara Gara Tak Pakai Mask Bercakap Dengan Orang Lain

Seorang penternak lembu dikompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika sedang memberi makanan kepada ternakannya di hadapan rumah di Kampung Pasir Tok Kambing, Kota Bharu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Nik Azman Nik Lah berusia 56 tahun itu berada dalam jarak kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Anaknya, Nik Muhammad Faris berusia 22 tahun mendakwa, ketika itu bapanya sedang memberi minuman dan makanan kepada lembu ternakan di hadapan rumah mereka.

Katanya, dia mengakui bapanya tidak memakai pelitup muka kerana lokasi berada sangat dekat dengan rumahnya.

“Ketika sedang beri makan pada lembu, seorang lelaki tidak dikenali mendekati ayah untuk bertanya sesuatu dan ayah menjawabnya.

“Pada masa itu juga, berdekatan dengan lokasi ada polis dalam sebuah kereta dan mereka sempat mengambil gambar ayah bersama lelaki tidak dikenali itu. Polis tanya sama ada ayah kenal atau tidak lelaki itu.

“Ayah jawab tidak kenal lelaki itu sebelum mereka meminta kad pengenalan dan ayah memberinya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Muhammad Faris berkata, bapanya kemudian mengalihkan lembu berdekatan lokasi sebelum datang kembali ke lokasi polis berada.

“Sebaik ayah sampai, polis menyerahkan surat kompaun kepada ayah yang bertulis RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

“Ayah terkejut melihat jumlah itu kerana bagi kami ia terlalu banyak memandangkan ayah bergantung hidup dengan bekerja di kilang perabot dan sampingan dengan menternak lembu.

“Dengan hasil itu ayah menyara kami termasuk menanggung empat anak yang masih belajar,” katanya.

Menurutnya, dia berharap kompaun itu dapat dikurangkan memandangkan ketika kejadian bapanya berada di hadapan rumah.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun dikeluarkan kerana penternak berkenaan bersama seorang lagi lelaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak memakai pelitup muka.

“Penternak berkenaan berbual tanpa penjarakan sosial, namun seorang lagi lelaki berjaya melarikan diri sebaik melihat anggota polis.

“Isu tular yang mengatakan lelaki ini disaman ketika hanya bersendirian adalah tidak benar kerana pihak penguat kuasa dapat melihatnya dengan jelas sedang berbual-bual dengan orang lain tanpa penjarakan sosial,” katanya.

Bercakap dengan orang lain tanpa memakai pelitup muka

Polis mengeluarkan kompaun kepada penternak lembu yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di depan rumahnya di Kampung Pasir Tok Kambing di sini, semalam, kerana lelaki itu bercakap dengan individu lain yang turut melakukan kesalahan sama.

Kejadian jam 11.20 pagi itu, lelaki berkenaan, Nik Azman Nik Lah, 56, dikompaun RM1,500 ketika sedang memberi makanan dan minuman kepada lembu dalam jarak 10 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, jika penternak berkenaan berseorangan di lokasi, pihak polis akan menggunakan budi bicara dengan memberi nasihat.

Katanya, ketika tiba di lokasi, sepasukan polis melihat penternak itu sedang bercakap dengan individu lain yang menaiki motosikal di tepi jalan yang menjadi laluan utama penduduk kampung.

“Polis membuat pemerhatian dan mempunyai bukti gambar bahawa mereka sedang bercakap tanpa memakai pelitup muka sebelum mendekati, namun lelaki bermotosikal sempat melarikan diri.

“Pihak kita menyoal penternak itu yang mengakui bercakap dengan seorang lelaki tanpa memakai pelitup muka sebelum mengeluarkan kompaun,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, operasi itu hasil maklumat orang awam yang mengadu terdapat ramai penduduk kampung yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama tidak memakai pelitup muka walaupun berada di lokasi terbuka.

Beliau berkata, penternak itu boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dalam tempoh 14 hari untuk pengurangan kompaun.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi pengurangan yang banyak jika membuat rayuan dalam tempoh ditetapkan.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan walaupun mahu bergerak dalam jarak dekat bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.

Media semalam melaporkan seorang penternak lembu terkejut selepas dikompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika sedang memberi makanan kepada lembu di hadapan rumahnya di Kampung Pasir Tok Kambing, di sini, jam 11.20 pagi.

Anggota polis ditempat kejadian

Kena saman sebab tak pakai pelitup muka

Baguslah tangkap gambar ada bukti

Serba salah jadinya

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!